Lelaki Gemuk Lebih Tahan Lama Di Ranjang

Anda memiliki tubuh yang agak berisi? Jangan terburu-buru dan berkecil hati. Ini kerana, peneliti dari Ericeyes University di Turki menemukan fakta bahwa lelaki yang berlebihan berat badan, lebih tahan lama ketika beraksi di ranjang berbanding dengan lelaki bertubuh kurus.

Menurut peneliti, lelaki yang memiliki masalah obesiti lebih cenderung untuk terlindung dari ejakulasi pra-matang. Seperti diketahui ejakulasi pra-matang merupakan kelainan seksual yang dapat merosakkan keharmonian rumahtangga pasangan.

“Lelaki dengan berat tubuh badan yang tinggi, lebih cenderung untuk mengelakkan diri dari masalah ejakulasi pra-matang berbanding dengan lelaki lelaki kurus yang memiliki indeks jisim tubuh rendah,” ujar peneliti seperti dipetik dari Medical Daily.

Penelitian yang diterbitkan dalam International Journal of Impotence Research ini menemukan bahawa lelaki yang memiliki berlebihan berat badan mampu untuk bertahan 90 saat lebih lama dibandingkan dengan lelaki yang kurus.

Menurut peneliti, lelaki yang bertubuh gemuk memiliki hormon seks estradiol yang lebih tinggi sehingga dapat melindungi diri dari risiko ejakulasi pra-matang. Sedangkan pada lelaki yang bertubuh kurus jumlah estradiol yang dihasilkan cenderung lebih rendah.

Secara keseluruhan, peneliti menyimpulkan, orang bertubuh kurus lebih mudah untuk mengalami gangguan fungsi seksual. Risiko ini boleh menurun apabila terjadinya peningkatan berat badan.