Hati-Hati, Senaman Berlebihan Boleh Turunkan Ghairah Seks!


- 26 Feb 17
View 779 : Today 1

Kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina baru-baru ini menemukan bahawa senaman secara berlebihan memberikan kesan negatif kepada kehidupan seksual seorang lelaki.

Advertisement

Untuk mendapatkan penemuan ini, peneliti membanci hampir 1000 lelaki yang aktif menjalani senaman dan kaitannya dengan kehidupan seks mereka. Peserta penelitian dikumpulkan sesuai dengan durasi dan betapa intense mereka saat bersukan. Peneliti juga mencungkil informasi tentang ghairah seksual peserta saat berhubungan seksual.

Peneliti menemukan lelaki yang menjalani senaman yang tinggi tahap intensiti secara rutin lebih cenderung untuk memiliki libido yang rendah berbanding dengan lelaki yang kurang bersenam atau bersenam secara ringan.

Prof Anthony Hackney selaku pemimpin peneliti mengatakan bahawa hal ini mungkin berkait rapat dengan penurunan tahap testosteron setelah seorang lelaki melakukan aktiviti fizikal.

“Mereka lebih cenderung untuk kelelahan setelah selesai bersukan dan tak berghairah untuk berhubungan seks,” ujar Hackney seperti dipetik dari laman Foxnews.

Menurutnya, senaman memang berperanan dalam menjaga kecergasan tubuh dan melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kepuasan seks. Tapi jika dilakukan secara berlebihan hal ini juga tak baik bagi kehidupan seksual anda.

“Pilihlah senaman ringan yang lebih bagus bagi meningkatkan daya tahan tubuh dan memperhebat kehidupan seksual anda dan pasangan,” menurutnya lagi.

Advertisement