Susu Mentah Lebih Kaya Dengan Pelbagai Nutrisi?

Susu mentah merupakan produk susu yang didapati daripada lembu, kambing, unta, atau binatang lain yang belum dipasturkan.

Ramai orang yang menganggap bahawa nutrisi yang didapati dalam susu mentah jauh lebih unggul, berbanding dengan susu yang telah dipasturkan atau melalui proses pemanasan.

Penggemar susu mentah pun percaya bahawa nutrisi penting dalam susu boleh hilang dalam proses pempasturan. Di samping ianya lebih mudah untuk dicerna serta dapat membantu dengan kekebalan semulajadi tubuh badan.

Walau nutrisi dalam susu mentah boleh jadi lebih unggul, sayangnya menurut para ahli kesihatan, manfaat yang didapati tadi berkemungkinan tidak sebanding dengan risikonya. Ini disebabkan, susu mentah berpotensi tercemar dengan bakteria.

Ini bererti bahawa semua produk tenusu, baik susu, mentega, keju atau yoghurt yang diperbuat daripada susu mentah yang belum dipanaskan dan diolah untuk membunuh bakteria berbahaya seperti E. Coli, adalah tidak digalakkan.

Proses pempasturan susu telah ada sejak tahun 1800-an dan merupakan cara yang terbaik untuk memastikan susu tersebut tahan lama dan risiko pencemaran bakteria menjadi sangat minimum.

Sehingga, bila seseorang yang secara tidak sengaja, setelah meminum susu mentah ia cenderung untuk mengalami sakit perut, cirit-birit, dan muntah.

FSA (Food Standards Agency) di England telah memperingatkan bahaya susu yang belum diproses. Bahkan, sebuah kajian di AS juga telah merujuk bahawa susu mentah membuat orang yang meminumnya 100 kali lebih berkemungkinan untuk jatuh sakit berbanding susu yang sudah diproses.

Menurut FSA, yang terbaik adalah menghindari produk susu mentah jika anda memiliki sistem imunisasi tubuh yang lemah atau sedang hamil. Bayi dan anak-anak juga sangat disarankan untuk tidak meminumnya.