Mengapa Anda Tetap Perlu Berhubungan Seks Meskipun Sedang Tiada “Mood”

Melakukan hubungan seks sememangnya adalah perkara yang paling nikmat di saat hati dan perasaan sedang bahagia. Namun, perlu anda ketahui bahawa walaupun ketika hati atau mood sedang teruk sekalipun, tetap disarankan untuk melakukan hubungan seks, mengapa?

Pakar seksologi April Masini mengatakan bahawa dengan melakukan hubungan intim, tubuh mendorong pelepasan hormon dopamin dan zat kimia opioid yang dapat mengubah keadaan hati agar ia menjadi lebih baik.

Dengan erti kata lain, hubungan seks merupakan penawar semulajadi untuk mengembalikan keselesaan dan ketenangan fikiran. Selain memperbaiki hati, berikut manfaat lain dari berhubungan seks yang perlu anda tahu seperti dipetik dari Medical Daily.

  1. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Seks secara teratur dapat membantu anda dalam menjaga sistem kekebalan tubuh sehingga melindungi anda dari risiko penyakit, termasuk flu. Dengan rutin perhubungan seks yang teratur, sistem imunisasi anda akan semakin kuat dan anda tidak mudah lagi dihidapi penyakit.

  1. Menurunkan tekanan darah

Seks secara tak langsung dapat menjadikan tekanan darah anda kembali kepada normal. Hal ini memberikan berita baik kepada mereka yang memiliki penyakit hipertensi. Kajian mendapati mereka yang melakukan hubungan seks secara teratur lebih cenderung mengalami penurunan tekanan darah.

  1. Menurunkan tekanan

Perasaan bahagia dan rileks yang didapati selesai berhubungan seks juga memberikan kesan pada penurunan kadar tekanan. Kajian pada tahun 2002 yang lalu menemukan bahawa sperma memiliki kandungan anti kemurungan. Ini menunjukkan sperma membantu wanita untuk mengurangkan kadar tekanan mereka.

  1. Tidur lebih nyenyak

Beban pekerjaan yang begitu berat membuatkan beberapa orang turut mengalami kesulitan mendapatkan tidur yang berkualiti. Pelbagai ubat tidur terdapat dipasaran namun kesan sampingannya pula boleh merosakkan organ tubuh.

Endorfin dan oksitosin yang dilepaskan selama berhubungan seks dapat membantu tubuh agar berasa lebih rileks sehingga lebih mudah terlelap. Bagaimana, masih adakah alasan untuk anda tidak berhubungan seks pada hari ini?