Tips Tentang Cara Untuk Membentuk Otot Dada Lelaki Tanpa Alat

Ada banyak sekali latihan untuk anda membentuk otot dada tanpa menggunakan sebarang alat, cara membentuk otot dada lelaki secara semulajadi ini adalah cukup mudah untuk dilakukan. Otot dada memang berperananpenting dalam membentuk penampilan lelaki supaya kelihatan macho.

Ramai juga orang yang bertanya apakah boleh untuk kita membentuk otot dada ketika berada di rumah tanpa menggunakan sebarang alat seperti di gimnasium? Hah ini dia jalan penyelesaiannya kepada mereka yang benar-benar ingin melakukannya.

  1. Chair Dips

Disamping membentuk otot dada, latihan ini juga begitu efektif untuk membentuk otot bahu dan tricep kerana ketika tubuh anda berkerja maka ketiga otot tersebut dengan sendirinya akan dilatih secara saksama dan pada akhirnya boleh membentuk postur tubuh anda.

Tahap pelaksanaan :

  1. Posisikan kedua tangan anda tepat pada kerusi dengan jarak selebar bahu.
  2. Angkat badan atau tubuh anda dengan memfokuskan kepada otot dada, bahu, dan tricep secara saksama.
  3. Lenturkan tubuh anda kearah belakang.
  4. Turunkan tubuh anda dengan perlahan ke bawah tetapi dengan posisi punggung anda kekal lurus.
  5. Kembali ke posisi awal lagi.

2. Rotation Pushup

Disamping boleh membantu dalam membentuk otot dada, latihan ini juga baik untuk meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh anda.

Tahap pelaksanaan :

  1. Ambil posisi push up.
  2. Buka tangan kanan anda sampai tubuh mengiring ke kanan.
  3. Kembali kepada posisi semula.
  4. Ganti dengan tangan kiri.

3. Pull Up

Latihan ini tak hanya membentuk otot dada saja, tetapi pull up juga dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.

Tahap pelaksanaan :

  1. Genggam palang pull up selebar bahu.
  2. Gunakan cara pegangan overhand.
  3. Pastikan tubuh anda bergantung dengan lengan lurus.
  4. Tarik tubuh anda ke atas sampai menyentuh palang.
  5. Turunkan kembali tubuh anda kepada posisi asal.
  6. Ulangi lagi.

4. Plyometric Push Up

Untuk anda yang sudah muak dengan latihan push up biasa, anda juga boleh mencuba latihan ini. Disamping boleh membentuk otot dada, latihan ini juga boleh melatih otot tricep dalam satu gerakan sekaligus.

Tahap pelaksanaan :

  1. Ambil posisi push up.
  2. Tekan tubuh anda ke bawah.
  3. Angkat tubuh anda ke atas sampai kedua tangan terangkat.

Demikianlah beberapa latihan mengenai cara untuk anda membentuk otot dada lelaki dengan segera hanya di rumah tanpa menggunakan sebarang alatan gym. Tentunya dengan cara di atas anda tak usah gusar lagi untuk mengunjungi gimnasium, tetapi jika ingin mendapatkan hasil yang lebih maksimum, anda harus menggunakan alat-alat di gimnasium. Selamat mencuba.