Perubahan Gigi Untuk Warga Emas


- 28 Feb 17
View 296 : Today 1

Untuk generasi sekarang, lebih ramai warga emas berumur 65 tahun ke atas masih mempunyai semua atau sebahagian besar gigi asal. Bagaimanapun, kira-kira 1/3 daripada warga emas kehilangan sebahagian atau semua gigi asal mereka (edentulism).

Advertisement

Walaupun gigi masih kekal tanpa penyakit gigi berlubang (caries) atau penyakit gusi, keadaan gigi yang kurang sihat adalah biasa dan ia boleh menjejaskan kemampuan mengunyah dan kebolehan mencapai keperluan tenaga (kalori).

 

Tanda dan gejala

  • Semasa proses penuaan, gusi akan mengecut sedikit. Akibatnya, bahagian bawah gigi akan terdedah kepada sisa makanan dan kuman.
  • Bahagian lapisan luar gigi (enamel) juga akan terkikis.

 

 

Penyakit

  • Perubahan ini akan menyebabkan gigi lebih mudah rosak dan berlubang (caries) dan seterusnya menyebabkan kehilangan gigi.
  • Warga emas juga kerap menghadapi masalah penyakit periodontal di mana gusi mungkin menjadi merah dan terjangkit (dikenali sebagai gingivitis).
  • Bahagian ligament dan tulang yang menyokong gigi mungkin juga menjadi merah dan terjangkit (dikenali sebagai periodontitis).
  • Kehilangan gigi sebahagian dan keseluruhannya adalah berkaitan dengan umur dan disebabkan oleh masalah gigi rosak dan penyakit periodontal.

 

Komplikasi

Kehilangan gigi boleh menjejaskan proses mengunyah, menelan dan bercakap. Ini boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan, sisa makanan termasuk ke dalam saluran pernafasan (aspiration), pengasingan sosial dan kemurungan.

Gigi palsu boleh juga mengakibatkan masalah kesihatan mulut termasuklah ulser, gusi bengkak, jangkitan kuman dan kesakitan.

 

 

Rawatan

  • Kebanyakan masalah ini boleh dicegah atau dirawat dengan berkesan.
  • Kehilangan sebahagian gigi boleh dirawat dengan peralatan kekal (seperti bridges, implants) atau peralatan yang boleh dibuka (seperti gigi palsu separa). Kehilangan gigi keseluruhan boleh dirawat dengan gigi palsu penuh.
Advertisement