Perubahan Rambut Untuk Warga Emas

Kira-kira 50% daripada golongan yang berumur 50 tahun ke atas akan menghadapi masalah rambut beruban terutamanya disebabkan oleh kehilangan sel pembentuk warna rambut (melanocytes).

Tahap keterukan masalah uban biasanya berunsur keturunan, tetapi gen yang terlibat tidak dapat dikenalpasti.

Tanda dan gejala

  • Semasa proses penuaan, rambut menjadi lebih nipis, lebih senang patah dan kehilangan warna asalnya.
  • Masalah kehilangan rambut berlaku di kalangan lelaki dan wanita tetapi dengan corak yang berlainan. Kadar pertumbuhan rambut berkurangan dengan umur disebabkan oleh sel rambut tumbuh dengan lebih perlahan.
  • Kehilangan rambut di bahagian tertentu iaitu di bahagian vertex dan frontotemporal (androgenetic alopecia) di kalangan lelaki bermula di antara peringkat akhir remaja dan akhir 20-an. Apabila menjelang umur 60an, 80% dari lelaki mempunyai masalah uban.

 

 

  • Untuk golongan wanita, kehilangan rambut dengan corak yang sama dengan lelaki berlaku selepas putus haid tetapi biasanya tidak ketara.
  • Rambut menjadi nipis atau kehilangan rambut secara umum (diffuse) biasanya dikenali sebagai uban kaum wanita (female alopecia).
  • Kehilangan rambut secara umum (diffuse) atau rambut menjadi nipis biasanya berlaku dengan proses penuaan untuk kedua-dua seks. Ia perlu dibezakan dari kehilangan rambut disebabkan oleh penyakit seperti kekurangan zat besi, hypothyroidism dan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti steroids.

 

 

  • Pertumbuhan rambut berlebihan atau di bahagian yang tidak diingini kerap terjadi pada warga emas wanita selepas putus haid disebabkan oleh ketidak-seimbangan hormon estrogen-androgen. Gejala yang paling mengganggu warga emas wanita ialah pertumbuhan rambut di bahagian misai.
  • Warga emas lelaki mungkin menghadapi masalah pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian kening, hidung atau telinga.

Leave A Reply