5 Hal Tentang Lelaki Dan Seks Yang Harus Difahami Oleh Wanita

Berbicara tentang seks dan lelaki, wanita biasanya cukup cerdik dalam membaca fikiran dan sikap seorang lelaki, namun masih ada beberapa hal yang belum banyak wanita fahami mengenai mereka. Realitinya, wanita sepatutnya sudah faham dan mengerti beberapa hal tentang lelaki dan seks, namun memilih untuk tidak mempedulikannya dan diam-diam berharap bahawa hal tersebut tidak benar.

Sayangnya berpura-pura tidak tahu tidak akan memudahkan anda dalam menjalin hubungan dengan seorang lelaki. Lebih baik anda mengenali dan memahami tentang bagaimana cara lelaki berfikir dan bagaimanakah sikapnya mengenai hal berkaitan seks. Apakah anda sedia untuk menghadapi kenyataan?

Dipetik dari laman web daterate.net, berikut 5 hal yang penting untuk anda ketahui.

  1. Setelah hubungan seks, lelaki akan mengalami reaksi fisiologi

Reaksi fisiologi yang terjadi setelah berhubungan seks membuatkan lelaki memberikan jarak secara emosional dengan pasangannya. Inilah sebabnya lelaki cenderung untuk menjadi letih dan mengantuk setelah berhubungan seks. Mereka tak ingin berpelukan atau bermesra setelah seks bukan kerana alasan peribadi, ia tiada kena-mengena dengan anda.

  1. Semakin anda menunjukkan wanita lain yang menarik, semakin tertarik lelaki kepada anda

Hal ini mungkin kedengaran agak janggal, namun saat anda mengakui daya tarikan wanita lain di depan pasangan anda, ia akan berasa lega bahawa dia bebas untuk menghargai wanita lain di depan anda. Hal ini juga menunjukkan bahawa anda adalah wanita yang berkeyakinan, dan ia salah satu hal yang dianggap seksi oleh lelaki.

  1. Lelaki akan menjawab dengan samar jika anda bertanya tentang apa yang sedang difikirkan

Lelaki akan menyembunyikan fakta bahawa sebenarnya mereka sedang berfikirkan tentang seks lebih kerap dari yang mereka sedari. Jika lelaki dipaksa untuk mengakuinya, ia malah akan menyepikan diri dan menolak untuk terus berkomunikasi dengan anda.

  1. Agar lelaki tetap tertarik, wanita harus sedikit bersikap ‘jual mahal’

Sebagai wanita, mungkin anda sudah sering mendengar tentang hal ini. Sayangnya kenyataan kini wanita ramai yang salah faham tentang bagaimana untuk bersikap jual mahal. Tiba-tiba membatalkan temujanji bukan sikap yang baik kerana ia seterusnya akan membuat lelaki menjadi bingung dan kecewa.

  1. Lelaki akan bersikap seperti lelaki

Tatapan lelaki akan selalu tertumpu pada wanita yang menarik dan mereka akan memiliki fantasi tentang hubungan seks dengan orang lain. Malah lelaki yang berada dari golongan ‘baik-baik’ juga turut tidak terkecuali. Saat anda menerima dan memahami bahawa hal ini bukanlah suatu ancaman bagi hubungan, anda akan berasa lebih bahagia.