Ini Alasannya Anda Harus Mandi Sebelum Tidur


- 28 Feb 17
View 8,270 : Today 1

Sebuah kajian terkini menjelaskan apakah manfaat yang diperolehi daripada rutin mandi sebelum tidur yang mungkin tidak banyak dilakukan oleh ramai orang. Anggapan bahawa mandi malam dapat menyebabkan penyakit rematik turut menjadi salah satu dari alasannya.

Namun, menurut kajian terbaru yang dilakukan oleh Center for Sleep Medicine di New York, mandi sebelum tidur dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan lebih rileks.

Advertisement

“Mandi adalah proses mendinginkan tubuh yang kemudiannya boleh merangsang hormon oksitosin atau kebahagiaan untuk mengusir tekanan dan membuat anda mudah untuk tertidur,” ujar Dr. Dianna Augelli selaku peneliti.

Lalu bilakah sebenarnya waktu yang tepat untuk anda mandi? Dianna mengatakan berikan jarak dalam 90 minit sebelum waktu untuk anda tidur untuk mandi. Mandi pada waktu tersebut, menurutnya, dapat memberikan isyarat pada tubuh bahawa anda telah siap untuk berehat.

“Biasanya ia akan dimulai dengan rasa ngantuk setelah mandi,” tambah dia.

Mungkin beberapa saat setelah mandi, tubuh kelihatan lebih segar. Namun seiring dengan perjalanan waktu anda akan mengalami proses pendinginan yang bakal mendatangkan rasa ngantuk luar biasa. Dalam tahap ini anda akan mulai tertidur dengan nyenyak dan bangun dalam keadaan yang lebih segar pada keesokan harinya

Oleh itu bolehlah untuk anda mengamalkan mandi sebelum setiap kali anda ingin tidur agar anda lebih mudah untuk berasa ngantuk. Seterusnya membolehkan anda untuk tidur lebih lena dan bangun dengan lebih segar pada keesokannya.

Advertisement