Hati-Hati, Vape Boleh Meningkatkan Risiko Stroke!


- 28 Feb 17
View 1,583 : Today 6

Kita mungkin berfikir bahawa penggunaan rokok elektrik yang popular juga dengan sebutan vape merupakan rokok yang paling selamat untuk semua. Namun, sebuah penelitian baru mengatakan bahawa seorang vaper lebih tinggi risikonya untuk terkena stroke berbanding dengan mereka yang menggunakan rokok tembakau.

Advertisement

Dalam sebuah penelitian yang menggunakan tikus sebagai bahan kajian, rokok elektrik dapat meningkatkan risiko pembekuan darah yang mematikan dengan cara merosakkan otak. Sehingga para ahli menyimpulkan bahawa rokok elektrik tidak selamat untuk digunakan.

Para peneliti dari Texas Tech University mempamerkan penelitian mereka dengan memperlihatkan tikus yang terdedah secara langsung dengan asap rokok elektrik mahupun asap dari rokok tembakau.

Tikus tersebut diteliti setelah 10 dan 30 hari untuk penelitian hingga kemudian dipertontonkan di depan American Heart Association’s International Stroke Confrence in Houston. Hasil ujian menunjukkan bahawa penggunaan rokok elektrik secara berterusan dapat mengurangkan jumlah glukosa dalam otak, yang merupakan bahan bakar untuk meningkatkan neuron.

Kandungan wap dalam rokok elektrik juga boleh menyebabkan kerosakan bahan kimia penting bagi pembekuan yang dapat membuatkan pendarahan otak lebih cenderung untuk terjadi.

“Paparan rokok elektrik menurunkan daya penyerapan glukosa di otak yang merupakan bahan bakar bagi aktiviti otak. Dalam sebuah kajian pada tikus, paparan bahan kimia yang terkandung dalam rokok elektrik meningkatkan risiko pembekuan darah yang berpotensi untuk mematikan,” ucap Ali Ehsan Sifat, salah satu kumpulan peneliti dipetik dari laman Daily Mail.

Hasilnya, baik terdedah dengan asap rokok elektrik mahupun asap rokok tembakau selama 30 hari secara berterusan dapat mengganggu kadar peredaran enzim yang diperlukan untuk mencegah pembekuan darah. Hal tersebut berpotensi untuk meningkatkan risiko stroke dan memburukkan lagi kecederaan pada otak sekunder.

Sebelumnya, rokok elektrik dianggap sebagai cara merokok yang lebih selamat dan kurang beracun jika dibandingkan dengan rokok tembakau.

Advertisement