5 Kesalahan Yang Kerap Anda Lakukan Saat Melatih Otot Perut

Perut sixpack adalah idaman setiap lelaki pada zaman sekarang. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkan perut sixpack ini, mulai dari cara yang biasa hinggalah kepada cara yang di luar bayangan kita seperti melakukan implan pada perut agar perut kelihatan seperti sixpack.

Dalam wujudnya begitu banyak cara tanpa kita sedari, kita kadangkala melakukan beberapa kesalahan ini sehingga semua yang kita lakukan untuk mendapatkan otot perut sixpack ini akhirnya menjadi sia-sia.

Berikut adalah beberapa kesalahan yang dilakukan dalam melatih otot perut yang umum terjadi.

  1. Melakukan Latihan Perut di Awal Program

Otot perut adalah bahagian dari otot pada pusat tubuh yang membantu untuk menstabilkan tubuh. Apabila anda menjadikan otot perut anda keletihan pada awal latihan selain akan mengganggu anda ketika latihan yang lainnya, keletihan yang berlebihan pada otot perut akan mengganggu perkembangan otot perut.

  1. Melatih Perut Secara Keseluruhan dalam Satu Program Latihan

Yang anda prlukan hanya 15 minit untuk melatih otot perut secara keseluruhan. Apabila pada awalnya anda telah melakukan latihan compound/kombinasi, maka lakukanlah 2 atau 3 jenis latihan otot perut sebanyak 2-3 set sebanyak 10 pengulangan untuk mengakhiri setiap dari latihan anda.

  1. Melatih Otot Perut Setiap Hari

Otot perut sama juga seperti otot yang lainnya. Walaupun termasuk otot kecil, otot perut juga memerlukan rehat yang cukup untuk berkembang dengan sempurna. Oleh itu janganlah gunakan setiap hari untuk melatih otot perut anda, berilah peluang untuknya berehat juga daripada kerja keras.

  1. Hanya Melatih Satu Bahagian Otot Perut

Perut juga memiliki banyak bahagian, ada otot perut bahagian bawah, sisi, dan atas. Untuk melatihnya anda harus menggunakan jenis latihan yang berbeza. Jadi anda tidak boleh hanya fokus pada satu bahagian otot perut saja. Gunakan pelbagai kombinasi latihan untuk bahagian otot perut yang lain juga.

  1. Tidak Memperhatikan Diet Anda

Seringkali untuk mendapatkan perut yang sixpack, kebanyakan terlalu fokus dengan latihan apa yang harus dilakukan. Sehingga kadangkala anda lupa bagaimana cara untuk mengurangkan kadar lemak. Tidak ada rahsia tertentu untuk membentuk otot perut, cukup mengurangkan kadar lemak diseluruh tubuh dan berlatih dengan keras, teratur serta menjaga pemakanan.