Anda Suka Pergi Disko , Minum Arak and Sosial?

Entry kali ni mungkin akan troll korang-korang yang kaki club , arak and sosial . Maaf la kalau fakta aku macam tak betul kan . Maklum la , aku tak pernah jejak kaki dalam tempat maksiat macam tu . Maybe sebab aku ada entertainment lain kot . Benda ni general kan ? Jom kita kupas satu-satu sebab kenapa orang suka pergi clubbing .

Menari

Kebanyakan manusia yang cool and hebat malah sosial selalunya memang akan menari kan? Ini yang aku tahu dari kawan-kawan aku . Well , menari tu diorang kata sangat melegakan tekanan. Okay , macam seronok kan ? Memang la . Bagi aku pun seronok kan . Tapi bagi aku lelaki paling seronok kot . Antara sebab-sebab lelaki seronok ialah :

  1. Dapat usya korang menari dengan menggiurkan
  2. Cuci mata yang dah lama kotor
  3. Sambil menyelam minum air ( dapat raba-raba )

Agak jahat kan ? Takpe . Ini orang kata rezeki yang tak bagus la . Dosa sebenarnya  buat benda-benda macam ni . Lagi menjatuhkan maruah perempuan ada la kan ? Lelaki biasa la . Suka benda-benda macam ni . kan nafsu orang kata benda-benda macam ni .

Lagi satu , ni pendapat aku sendiri la . Korang rasa korang nak tak isteri yang kaki club ? Menari depan orang ramai dan jadikan badan dia as tatapan mata lelaki lain ? Togak sana sini , menari bergilir-gilir dengan orang lain and lelaki lain ? Bagi aku ,  kalau nak buat Awek boleh la . Stol geli-geli and seronok-seronok je . Yela , kata pakai buang kan .

Arak

Atas ni hanya lah gambar hiasan . Semua mesti tahu kan apa yang ada dalam gambar ni kan? Air Kencing Setan sebenarnya . Nampak macam sedap ke ? Bagi aku langsung tak sedap . Aku agak pelik juga bila ada kawan-kawan aku yang mengaku dengan BANGGA yang mereka minum and sangat-sangat menyukai arak .

Semalam gua bantai banyak , tapi tak tiong pun . Hebat kan gua ? Sebab tu la semua panggil gua kebal . Kah kah kah

Tidak kah ini melambangkan bahawa jalilnya beliau ? Astaghfirullahalazim . Aku memang bukan Ustaz yang layak untung sekolahkan korang , tapi aku kan kawan korang . So aku still kira bertanggungjawab untuk tegur korang . Jangan la marah or tarik muka bila gua tegur .

Aku minum sebab aku tension la weh . Dengan awek gua lagi , study , kereta gua accident and hutang yang keliling pinggang . Pening la !

Kenapa tak minta tolong dengan Allah ? Susah sangat ke ? Solat and doa je la lepas solat . Memang la aku pun kadang-kadang tak penuh solat tapi still aku minta dengan Allah . Lagi pun sebenarnya bila korang togak tu menambahkan masalah je . Percaya lah .

Free Sex

Aku tahu lambang tu macam besar sangat kan ? Takpe . Ni peringatan je . Free sex is ialah sex percuma . Senang je maksudnya kan ? Ni pun antara sebab-sebab kenapa lelaki suka masuk kelab-kelab hiburan . Kalau tak percaya , korang pergilah tanya kawan-kawan lelaki korang yang kaki club .

Memang bunyi nya macam kasar kan ? Tapi ini realiti? Tak banyak , mesti ada sikit . Lebih- lebih lagi bila ada minah-minah yang gedik and super sangap .

‘Hai you , sorang je ke ?’ ‘Yela you , sorang je ni , kenapa ?’ ‘So , malam ni ada date tak ?Nampak macam sorang je.Kesian you.I boleh temankan(dengan nada macho)’ ‘Hehe , i sorang la malam ni , kenapa?You boleh teman I ke sampai lewat malam?'(nada gedik gila)

Nampak kan macam mana hubungan tu mula ? Untuk lelaki memang la seronok tapi pandai-pandai la fikir and pilih mana yang betul .