Lelaki Suka Menonton Filem Lucah Kerana Sebab-Sebab Ini


- 5 Mar 17
View 7,487 : Today 4

Kegemaran menonton filem yang berunsurkan erotika atau filem pornografi untuk lelaki tidak semestinya akan berhenti walaupun sesudah mereka menikah.

Hal yang demikian telah membuatkan ramai wanita di luar sana yang berasa khuatir dengan hobi suami tersebut.

Advertisement

Kerisauan tersebut sedikit sebanyak boleh membuat wanita menjadi seakan hilang kepercayaan pada diri mereka dan tidak selesa apabila melakukan hubungan seks dengan suami.

Dipetik dari SHAPE, menurut Emily Rose, seorang pakar seks, lelaki memang dilahirkan sebagai makhluk visual yang mudah terangsang dengan penampilan fizikal, sedangkan wanita pula lebih mementingkan hubungan yang berbentuk emosional.

“Tontonan porno memberikan lelaki suatu bentuk pengalaman secara visual yang cukup berbeza mengenai hubungan seks,” jelas Rose.

“Suka ataupun tidak suka, film porno meningkatkan imaginasi kaum lelaki sehingga mereka ini lebih mudah untuk berghairah,” tambahnya lagi.

Filem pornografi, kata Rose, menyajikan sebuah fantasi pada kaum lelaki di mana mereka berasa bahawa wanita ini mudah dibahagiakan secara seksual.

Rose juga menambahkan bahawa berdasarkan kajian yang dijalankan pada kebanyakan kaum lelaki yang menganggap menonton filem porno bukanlah suatu bentuk perselingkuhan.

“Filem porno juga dianggap lelaki sebagai suatu perkara yang boleh meredakan tekanan dan benar-benar tidak ada hubungannya dengan hubungan nyata. Kebanyakan lelaki merasakan bahawa ini bukan suatu bentuk pengkhianatan cinta,” ulasnya lagi

Advertisement