Nak Kenal Perempuan Dengan Lebih Mendalam? Tanya 47 Soalan Ini Kepada Mereka


- 6 Mar 17
View 605 : Today 1

1. Apa yang terjadi kepada anda yang membuatkan anda menjadi orang yang lebih tabah?

Advertisement

2. Apa yang berlaku dalam hidup anda membuatkan anda berasa lemah?

3. Di mana tempat yang anda merasakan anda menjadi diri sendiri?

4. Di mana tempat kesukaan anda untuk menenangkan diri?

5. Siapakah orang yang, menurut anda, memberikan pengaruh paling besar terhadap diri anda sehingga ke hari ini?

6. Jika anda boleh ubah satu perkara tentang diri anda, apa yang anda ingin ubah?

7. Jika anda hanya mempunyai satu hari lagi untuk hidup, apa perkara pertama yang anda akan lakukan?

8. Anda rasa anda paling sesuai dalam dekad apa?

9. Siapa orang yang paling rapat dengan anda dalam keluarga? Mengapa?

10. Siapakah orang yang paling mengenali anda dengan terbaik dalam dunia ini?

11. Apa kualiti kegemaran anda tentang kawan baik anda?

12. Ketika anda lebih muda, apa cita-cita anda?

13. Jika anda menjadi satu karakter fiksyen (daripada buku atau filem), anda akan menjadi siapa?

14. Adakah anda mudah menerima pujian? Atau adakah anda tidak sukakan pujian?

15. Adakah sumbangan kesukaan anda terhadap diri anda secara fizikal atau bukan fizikal?

16. Apakah sumbangan fizikal kesukaan anda terhadap diri sendiri?

17. Apakah sumbangan bukan fizikal yang paling anda sukai terhadap diri anda?

18. Adakah anda percaya pada cinta pandangan pertama?

19. Adakah anda percaya pada jodoh?

20. Pernahkah anda bercinta? Berapa kali?

21. Apa yang membuatkan anda jatuh cinta dengan seseorang?

22. Apa maksud disakiti pada pendapat anda? Apa yang membuatkan anda rasa disakiti?

23. Apa perkara yang anda takut untuk bertanya kepada seorang lelaki, tetapi ingin bertanya?

24. Jika anda adalah seorang lelaki selama satu hari, apa perkara pertama yang anda akan lakukan?

25. Apa satu perkara yang anda ingin belajar dengan lebih mendalam?

26. Apa perkara yang anda tidak pernah lakukan tetapi anda selalu ingin melakukannya?

27. Kenapa anda masih tidak melakukannya?

28. Jika wang tidak penting, apa kerja idaman anda?

29. Jika anda bercuti dari kerja pada hari ini, apa yang anda akan lakukan?

30. Apa perkara terakhir yang membuatkan anda menangis?

31. Apa perkara terakhir yang membuatkan anda ketawa?

32. Apa kenangan yang paling anda suka?

33. Apa perkara terakhir yang sangat memalukan anda?

34. Apa ketakutan anda yang paling besar?

35. Pernah menyesal? Apa penyesalan terbesar anda?

36. Pernah melanggar undang-undang? Jika tidak, undang-undang mana yang anda ingin langgar?

37. Apa perkara paling gila yang pernah anda lakukan?

38. Adakah anda akan berbual dengan orang yang tidak dikenali?

39. Adakah anda akan memberitahu orang yang tidak dikenali, yang tisu tandas melekat pada kasut mereka? Atau sesuatu yang memalukan untuk dilihat di khalayak ramai?

40. Apa lawak kegemaran anda?

41. Jika anda boleh menjadi haiwan, haiwan apa yang anda pilih?

42. Apakah filem atau buku, yang anda malu nak mengaku anda menyukainya?

43. Bagaimana ibu bapa anda menceritakan anda sebagai seorang anak?

44. Jika anda boleh kembali ke masa tertentu dalam hidup anda, pada umur atau saat mana yang anda inginkan?

45. Apakah perkara yang anda percaya, tetapi orang lain tidak mempercayainya?

46. Apa satu perkara yang anda akan katakan, yang membuatkan anda unik daripada orang lain?

47. Apakah satu perkara yang anda rasakan, hilang dari hidup anda?

Advertisement