Keburukan Alkohol Yang Boleh Menghancurkan Impian Lelaki

Alkohol merupakan cecair yang mampu untuk mengganggu kerja sistem kerja sistem saraf manusia. Alkohol mengandung beberapa bahan yang boleh membuatkan anda mabuk dan bersifat racun bagi tubuh anda.

Apakah alkohol boleh mempengaruhi sistem endokrin di dalam tubuh anda? Apakah alkohol juga boleh turut mempengaruhi kadar testosteron anda? Alkohol juga turut mampu untuk memperlambatkan pelbagai fungsi tubuh anda.

Berikut adalah antara fakta mengapa alkohol boleh menghancurkan impian anda untuk berfungsi dengan baik di tempat tidur seperti yang dipetik oleh Boldsky, Minggu (12/2/2017).

Fakta 1

Terutama pada kaum lelaki, alasan mengapa fungsi seksual menurun secara drastik setelah mengambil minuman beralkohol, ini adalah disebabkan alkohol boleh menurunkan kadar testosteron. Pengambilan alkohol dengan jumlah yang banyak akan menurunkan kadar testosteron anda secara dramatik.

Fakta 2

Kadar testosteron pada lelaki yang mengambil minuman beralkohol lebih dari tiga kali seminggu akan mempengaruhi kadar testosteron mereka. Apabila anda mengambil alkohol dalam jumlah yang banyak ia akan menurunkan kadar testosteron dan dapat merosakkan kehidupan seks anda secara drastik.

Fakta 3

Bila anda mengambil minuman yang beralkohol, anda akan lebih cenderung untuk merasa tenang. Mengapa? Hal ini disebabkan oleh otak anda yang kemudiannya melepaskan beta-opioid endorphins dan selain itu juga, alkohol turut mampu mempengaruhi sintesis testosteron.

Fakta 4

Alkohol juga mampu untuk menyebabkan kerosakan yang tertentu pada sel dan jaringan reproduksi termasuk juga merosakkan molekul yang terdapat di dalam testosteron. Secara pendek, alkohol merupakan racun yang berbahaya kepada sistem reproduksi lelaki kerana ia mudah menurunkan kadar testosteron anda.