Jenis Darah Juga Boleh Mempengaruhi ‘Kehebatan’ Lelaki


- 8 Mar 17
View 2,810 : Today 3

Jutaan lelaki yang berada di United Kingdom mengalami masalah terutamanya ketika bersama pasangan akibat dari kewujudan pelbagai faktor, termasuk umur, obesiti serta penyakit seperti diabetis dan kini, saintis mendakwa bahawa terdapat punca lain yang boleh menjejaskan kemampuan seksual lelaki iaitu jenis darah.

Kajian mendapati bahawa lelaki yang memiliki darah jenis A, B atau AB mempunyai kemungkinan empat kali ganda untuk mengalami masalah lemah tenaga batin ataupun mati pucuk berbanding mereka yang darahnya dari jenis O. Kira-kira 44 peratus lelaki di United Kingdom didapati memiliki darah dari jenis O.

Advertisement

Kajian terbaru mendapati bahawa seorang daripada setiap 10 lelaki mengalami masalah mati pucuk pada satu-satu masa ketika dalam riwayatnya dengan satu pertiga mengalaminya selepas berusia 40 tahun. Kajian terbaru menunjukkan jenis darah turut mempengaruhi kemampuan seksual lelaki itu seperti yang dilakukan oleh pasukan di Universiti Ordu, Turki.

Mereka menggunakan 350 lelaki yang dibahagi kepada dua kumpulan iaitu yang memiliki zakar bermasalah untuk tegang dan yang sukar untuk memastikan ketegangan zakar tersebut berterusan.

Jenis darah mereka kemudian diperiksa dan hasilnya seperti yang disiarkan dalam Archives of Italian Urology and Andrology, mendapati bahawa lelaki yang darahnya dari jenis A, B atau AB mempunyai kemungkinan empat kali ganda untuk gagal berhubungan bersama pasangan berbanding mereka yang berdarah O.

Hanya 16 peratus daripada mereka yang berdarah O didapati menghadapi masalah untuk tegang berbanding 42 peratus dari mereka yang berdarah jenis A.

Saintis yang membuat penemuan itu juga turut menyatakan fakta itu menyokong kajian mereka sebelum ini bahawa jenis darah juga boleh mempengaruhi kemungkinan untuk mendapat risiko sakit jantung.

Tidak dapat dipastikan bagaimana jenis darah boleh mempengaruhi kemampuan seksual secara jelas namun sejak 100 tahun lalu, saintis telah mengesyaki ia boleh mempengaruhi kesihatan, termasuk kemungkinan menyebabkan sakit jantung, barah, ketidaksuburan dan ulser.

Advertisement