Berikut Beberapa Tanda Yang Membuatkan Lelaki Cepat Menegang


- 8 Mar 17
View 3,536 : Today 4

Terdapat beberapa perkara yang dapat membuatkan lelaki lebih cepat mendapatkan ereksi. Zakar yang mengeras atau tegang seringkali dihubungkan dengan naiknya tahap libido seseorang lelaki, akan tetapi tidak semua ereksi zakar yang berlaku adalah disebabkan oleh wujudnya sebarang rangsangan seksual.

Advertisement

-Ereksi zakar disebabkan oleh obat

Zakar dapat menjadi tegang akibat dari pengambilan ubat kuat, kerana ubat kuat akan menyebabkan naiknya libido lelaki. Namun anda perlu berhati-hati dalam mengambilnya kerana kesalahan memilih dapat membuatkan anda merana seumur hidup. Mintalah nasihat daripada doktor dahulu sebelum mencuba ubat tersebut.

-Ereksi zakar disebabkan oleh pengaruh hormon

Hormon testosterone yang dilepaskan dalam darah akan bergerak menuju ke otak, seluruh anggota tubuh dan tulang belakang. Akibatnya zakar akan mengeras secara tiba-tiba dan anda akan berhasrat untuk melakukan hubungan seks. Pelepasan hormon testosterone boleh terjadi bila-bila masa saja, malah melalui sentuhan juga.

-Ereksi zakar disebabkan oleh panas

Makan atau minum, bahan-bahan yang mengandung dalam rempah-rempah seperti lada hitam, kayu manis ataupun bawang juga dapat menimbulkan kesan dalam tubuh. Rempah-rempah tersebut akan hancur dalam darah yang selajutnya akan mempengaruhi otak, sumsum tulang belakang dan juga seterusnya mempengaruhi ereksi seseorang.

-Ereksi zakar disebabkan oleh perut kembung

Makanan seperti keju, telur mahupun sayuran juga dapat menyebabkan perut anda kemudiannya menjadi kembung akibat wujudnya penghasilan gas yang berlebihan. Keadaan tersebut akan seterusnya mempengaruhi saraf genital anda yang nanti akan menyebabkan terjadinya ereksi.

-Ereksi zakar disebabkan oleh penuhnya kantung kencing

Zakar juga akan mudah menjadi tegang apabila kantung kencing anda penuh berisi air. Hal ini sering terjadi terutamanya pada saat ketika anda bangun di pagi hari. Malah anak-anak pun akan turut mengalaminya juga sama seperti apa yang anda pernah rasai sebelum ini.

-Ereksi zakar disebabkan oleh hasrat seksual dalam otak

Timbulnya hasrat seksual pada lelaki akan turut menyebabkan terjadinya ereksi pada zakar. Hasrat seksual dapat juga disebabkan oleh pengambilan minuman beralkohol. Alkohol memang dapat meningkatkan hasrat seksual akan tetapi hal ini hanya bertahan buat sementara sahaja. Alkohol yang diambil berlebihan juga dapat menjadi penyebab mati pucuk.

– Ereksi zakar disebabkan oleh alat genital yang tersentuh

Sentuhan pada alat kelamin juga dapat membangkitkan zakar, hal ini disebabkan oleh kerana bahagian kepala zakar terdiri dari jaringan urat halus dan kuat. Pada hujung zakar ini juga terdapat saraf kenikmatan. Saraf ini dapat diumpamakan seperti alat yang mengeluarkan api ketika tersentuh.

Advertisement