5 Zat Makanan Yang Penting Untuk Kemantapan Si Lelaki

Anda mesti tak percaya kan tapi sebenarnya kaum lelaki pun ada makanan penting untuk mereka ambil bagi menjaga kemantapan mereka. Apakah makanan yang perlu dimakan dan untuk apa kebaikan dan fungsi makanan tersebut?

Kepada yang ingin tahu, lelaki ada makanan untuk kesihatan sama seperti wanita yang memerlukan nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari terkena kanser payu dara dan para lelaki pula memerlukan zat zat ini untuk kesuburan dan kesihatan yang berpanjangan.

Ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut? Jom kita tinjau 5 zat makanan yang penting untuk diambil oleh lelaki.

  1. Zat Besi

Zat besi merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh lelaki untuk membantu pengeluaran hormon testosteron dan meningkatkan jumlah sperma. Selain itu zat besi juga penting dalam membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh. Pengambilan tiram boleh membekalkan anda banyak zat besi.

  1. Vitamin B3

Vitamin B3 atau Niacin pula cukup penting untuk melancarkan sistem peredaran darah ke seluruh tubuh dan juga membantu hormon seksual. Kekurangan vitamin B3 ini boleh menyebabkan anda mengalami masalah yang menggangu kemampuan seks seorang lelaki! Oleh itu seterusnya kehidupan seks anda akan hambar.

  1. Vitamin B6

Vitamin B6 pula adalah kunci nutrisi kepada peningkatan hormon kelelakian. Hormon ini adalah penting untuk menguatkan rangsangan seks lelaki selain mampu membantu dalam menaikkan libido wanita. Kandungan tinggi Vitamin B6 boleh didapati dalam pengambilan makanan seperti avocado dan telur.

  1. Vitamin E

Dikatakan Vitamin E ini adalah vitamin yang diambil khusus untuk tujuan seks. Vitamin E membantu dalam penghasilan hormon seks seseorang yang membolehkan seseorang itu meningkatkan penampilan, mood dan kehendak beliau. Selain itu, vitamin E ini juga bertindak sebagai antioksida yang melambatkan proses penuaan dan membasmi penyakit.

  1. Vitamin C

Brokoli, serta sayuran bewarna oren(labu dan lobak merah) adalah contoh sumber vitamin C yang mudah didapati di merata tempat. Peranan vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam makanan tersebut adalah sebagai antioksidan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.