Idea Gaya Fesyen Rambut Lelaki Untuk Anda

Lelaki dan fesyen rambut memang susah nak dipisahkan. Buat style rambut sama je sepanjang tahun bosan jugak kan.

Macam aku sendiri pun suka jugak menukar gaya rambut. Sekali bila tukar gaya rambut boleh officemate tak cam betul ke ini Apijol? Macam gitulah penangan menukar gaya rambut nie hehe.

Jom kita usha gaya fesyen rambut lelaki 2016. Mana tahu ada yang berkenan di hati. Boleh terus printscreen then tunjuk dekat tukang gunting rambut kau nak gaya rambut macam gini haa. Mudah kan.

1. WAVY / HIGH VOLUME UNDERCUT WITH A TAPER

Kalau nak buat gaya rambut ini kena make sure rambut korang jenis ikal & lurus sebab kena simpan rambut panjang di bahagian tengah. Rambut kerinting jangan berangan la okey hihi.

For sure kena gunakan wax atau produk rambut yang boleh membuatkan gaya rambut korang tahan lama.

2. BUZZED SKIN FADES

As for me yang seorang yang kurus keding ini memang tak sesuai langsung nak buat style botak macam gini.

Nightmare rasa kalau rambut aku digayakan seperti ini. Oh tidak haha. Gunting rambut no 2 atau 3 pun should be okey dah okey.

Then simpan jambang sini. Dah jadi macam retis Sharnaaz Ahmad la pulak kan.

3. BUSINESS SAVVY

Bagi mereka yang bekerja di sektor awam atau dunia korporat etc, haruslah menggayakan rambut dengan kemas seperti gambar di atas.

Kasi trim bahagian tepi rambut biar nampak kemas dan bahagian tengah tidak terlalu panjang.

4. MODERN SIDE PART

Gaya rambut side part yang dimodenkan. Aku pun suka buat gaya rambut side part tapi takdelah sampai cukur bahagian tengah rambut. Biasa akan suruh barber gunting pendek rapat sampai atas. Gaya modern side part semestinya masih popular pada tahun 2016 ini.

5. THE SWOOP

Rambut disimpan panjang dibahagian tengah then dibiar menjurai ke tepi dan depan.

6. BLONDE

Artis Malaysia & public figure di social media instagram ramai menggayakan rambut blonde atau silver.

Katanya ada wax yang dijual di pasaran mempunyai keupayaan untuk mejadikan rambut berwarna silver.

Bagi aku, rambut warna natural tetap menjadi pilihan hati. Kalau boleh nak hitamkan lagi rambut sebab rambut aku berwarna ala-ala perang sikit. Kalau lagi hitam, lagi menawan hihi.

Anda Nak Tumbuh Jambang ? Dah Cuba Macam² Produk Tapi Jambang Masih Tak Tumbuh?

Anda Perlu Guna MISTIX MEN BEARD GROW – KLIK UNTUK INFO PRODUK