Bina Otot Dan Turunkan Lemak Serentak? Kardio Yang Sama = Plateau?

Kardio yang sama pada setiap kali tidaklah menyebabkan melambatkan proses penurunan berat badan secara ketara, namun kesannya (lambat turun berat) itu kita boleh nampak.

Ini kerana badan kita ni bersifat dinamik, dia boleh menyesuaikan diri dengan suatu keadaan agar badan kita tidak kerugian, dan penurunan berat badan tu sebenarnya dianggap merugikan oleh tubuh badan.

Adalah digalakkan supaya mencuba perkara-perkara yang baru agar tubuh badan anda akan sentiasa mendapatkan kejutan, dan oleh itu ia akan mula ‘pening’ untuk mentafsir dan akan mula bertanya “apa sebenarnya yang mamat ni nak buat?“.

Perubahan dalam latihan yang anda lakukan adalah penting untuk memberikan pelbagai cabaran kepada tubuh anda dengan cara itu tubuh akan mampu untuk bekerja dengan lebih lancar dalam menurunkan berat badan anda sambil membentuk otot-otot dengan berkesan.

Sebab itulah jurulatih peribadi di gimnasium akan terus menggalakkan anak-anak murid mereka untuk melakukan circuit training, dan selepas beberapa ketika, pelan circuit training ni kemudiannya akan dirombak atau ditukar agar badan sentiasa mendapat cabaran yang baru.

Contoh circuit training paling mudah sebenarnya telah pun kita dengar dalam kebanyakan perbincangan yang boleh ditemui secara online sebelum ini, namun kita akan menyentuhnya nanti jika diberikan lebih banyak kesempatan.

Kita akan menyentuh tentang ini dengan lebih lanjut nanti dalam entri yang akan datang dan semoga kami telah menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran anda ketika ini. Jika anda rasakan ia banyak membantu kongsikan dengan orang yang rapat dengan anda!