Apakah Yang Anda Perlu Pakai Untuk Temujanji Yang Pertama?

Jika anda bakal keluar bertemujanji dengan seorang wanita, berpakaianlah seperti seorang lelaki.

Pemakaian anda mestilah boleh difahami oleh si dia dan boleh meyakinkan si dia bahawa anda serius dengan perhubungan anda dengannya, yang mungkin boleh membawa kepada komitmen yang terbesar dalam hidup anda.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mempunyai drama yang tersendiri pada pertemuan dan perhubungan mereka sebelum perkahwinan yang mana anda sendiri boleh bayangkan bagaimana ianya berlaku dan berapa lama ia bertahan.

Akan tetapi fokus di sini adalah bagaimana untuk menghadirkan diri anda kepada seorang wanita yang sangat layak untuk menjadi pasangan hidup anda dengan cara yang betul.

Tonjolkan pemakaian anda pada temujanji yang pertama. Mengapa?

1. Tarikan fizikal

Ringkasnya, wanita sangat mengambil berat tentang penampilan dan mudah tertarik pada lelaki yang kelihatan sihat dan rupa paras yang menawan.

Pakaian meliputi 90% daripada badan anda,  jika ianya dipakai dengan betul ia boleh membantu anda kelihatan lebih baik dengan mengukuhkan ciri-ciri positif diri anda dan meminimakan ciri anda yang kurang menarik.

2. Menunjukkan rasa hormat

Anda tidak akan tahu sama ada wanita yang anda akan temui akan suka pada personaliti anda, tetapi bagaimanapun, anda boleh tentukan visual diri anda yang paling menyerlah dan terbaik.

Si dia pastinya akan menghabiskan banyak masa untuk memastikan dirinya rapi dan menarik pada mata anda.

Setidaknya paling kurang apa yang anda boleh lakukan adalah dengan membalas usahanya itu dengan pemakaian anda sebagai tanda hormat pada si dia.

Anda perlulah melayan orang lain dengan baik jika anda ingin dilayan dengan lebih baik.

 

Jadi bagaimanakah anda ingin serlahkan diri anda pada si dia menerusi pemakaian?

1. Temujanji yang kasual atau santai

Terutama bagi temujanji yang di luar rumah, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan kasual tetapi tidak selekeh.

Elakkan memakai pakaian yang membuatkan anda kelihatan seperti tidak rapi atau tidak menjaga pemakaian seperti jeans biru yang pudar atau lusuh, sweatpants atau pakaian sukan (melainkan jika ianya adalah temujanji ketika jogging).

Seluar jeans yang berwarna hitam gelap atau indigo adalah penyeimbang yang baik dan boleh disesuaikan dengan apa-apa baju sama ada T-shirt kolar lengan pendek, kemeja atau jaket sukan.

Selitkan T-shirt anda ke dalam seluar (kecuali jika temujanji adalah di persisiran pantai) dan sepadankan tali pinggang kulit anda dengan sepasang kasut kulit yang sama warna.

2. Temujanji makan malam

 

Temujanji makan malam atau apa sahaja yang berkaitan temujanji di zaman urbanisasi ini biasanya bermaksud anda perlu memakai jaket.

Anda tidak perlu memakai satu sut yang lengkap jika ia tidak perlu. Cukup sekadar anda memakai blazer dan padankan ia dengan pakaian yang lain untuk kelihatan lebih formal.

Jika anda bertemujanji pada siang hari dan mahukan sesuatu yang tampak lebih kasual, jaket sukan adalah pilihan yang paling terbaik.

Pemakaian blazer atau jaket sebenarnya akan menyerlahkan lagi diri anda dengan perwatakan yang lebih maskulin dan menarik.

Hal ini boleh menjadikan diri anda sentiasa menjadi perhatian bagi wanita-wanita di luar sana dan pastinya bagi si dia yang beruntung dapat bertemujanji dengan anda.

Walaupun temujanji anda adalah tidak formal, anda perlu beri perhatian kepada kasut anda

Sama ada anda memakai kasut kanvas yang digunakan untuk merantau ke bandar atau kasut formal yang digunakan untuk makan malam di hotel lima bintang, si dia akan sentiasa memerhatikan apa yang anda pakai dari atas sehingga ke bawah.

Kasut adalah salah satu petunjuk yang sangat penting kepada personaliti diri anda.

Jadi sentiasa pastikan kasut anda bersih, berfungsi dan bergaya.

Kesimpulannya

Seseorang lelaki yang bakal bertemujanji untuk kali pertama perlu memastikan dirinya rapi, berpakaian kemas dan menyerlah supaya si dia akan rasa lebih seronok untuk meluangkan masa bersama.

Tujuan utama pemakaian yang betul adalah untuk memberikan anda keyakinan untuk fokus terhadap wanita yang anda temujanji.

Semoga anda berjaya untuk temujanji yang pertama!