5 Tips Agar Kaum Lelaki Mampu Untuk Tampil Lebih Fit Dan Sihat


- 15 Mar 17
View 1,139 : Today 1

SUDAH tidak disangkal lagi kesihatan bagi seorang lelaki memang sangat penting. Kerana dengan kesihatan barulah mereka mampu untuk mencipta tubuh yang kuat dan maskulin yang sesuai bagi seorang lelaki.

Nah, berikut adalah Boykepedia yang akan berkongsikan jalan penyelesaiannya untuk langkah menjadi sihat bagi lelaki.

Advertisement

1. Perhatikan makanan yang diambil

Sebahagian besar lelaki kelihatan sangat kurang memberikan perhatian terhadap jenis makanan apa yang diambilnya pada setiap hari. Pasti sebahagian besar juga sangat menggemari makanan yang berupa bergoreng. Hal tersebut sebenarnya tidak salah namun jika tidak dijaga maka akan menyebabkan gangguan dan mengakibatkan penyakit.

2. Memiliki tubuh yang fit dan sihat

Tentu saja seorang lelaki berkeinginan untuk memiliki tubuh yang fit dan juga sihat. Namun begitu bagaimanakah cara untuk mereka mendapatkannya? Untuk mendapatkan tubuh yang fit dan sihat, seorang lelaki juga harus rajin bersenam dengan kadar yang seimbang antara latihan kekuatan dan aerobik menurut Dr. Boyke

3. Mengurangi tekanan

Tekanan memang akan melanda semua orang, tetapi lelaki lebih cenderung untuk memendam emosi tekanan tersebut atau mungkin sering melepaskannya ke hal-hal yang tidak terduga. Cara terbaik untuk mengurangi tekanan adalah dengan bersenam atau boleh juga dengan berkongsi bersama orang terdekat.

4. Rutin pemeriksaan kesihatan

Diketahui kaum lelaki sebenarnya lebih jarang mengunjungi  doktor untuk pemantauan kesihatan jika ingin dibandingkan dengan perempuan. Hal ini kerana lelaki lebih cenderung untuk mengambil sikap tidak endah terhadap kesihatannya dan menganggapnya sebagai hal remeh terutama ketika usia masih muda.

5. Berhenti merokok

Hal ini memang merupakan antara perkara yang sukar untuk ditinggalkan oleh lelaki terutamanya perokom tegar. Dalam keadaan ini mereka memerlukan bantuan malah dorongan untuk membantu mereka berhenti dari merokok. Bukan itu saja tetapi niat dari diri sendiri pun haruslah kuat agar tidak berhenti separuh jalan sahaja.

Advertisement