Tips Untuk Memilih Pakaian Yang Sesuai Dengan Tubuh Anda

Kita semua semestinya sudah sedia tahu, salah satu cara untuk tampil menarik adalah dengan mengenakan pakaian yang tepat. Sayangnya kebanyakan lelaki yang mengalami kesukaran menentukan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh mereka.

Terdapat pakaian tertentu untuk jenis tubuh yang berbeza. Untuk itulah pada artikel kali ini saya akan memberikan tips dalam berpakaian yang boleh mengenalpasti bentuk tubuh kita agar tampil lebih menarik.

1. Tinggi Dan Kurus

Kenakan pakaian berfabrik tebal – Jika anda bertubuh tinggi dan kurus, mengenakan pakaian dari fabrik yang tebal dapat membuatkan tubuh anda kelihatan lebih sempurna kerana ia seakan-akan seperti memberikan tambahan berat kepada tubuh anda.

Kenakan pakaian berwarna cerah – Warna-warna cerah dapat memberikan kesan berisi pada tubuh anda. Pilih warna yang cerah seperti khaki atau kelabu. Jangan kenakan warna gelap atau pakaian dengan bentuk garis vertikal, kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih tinggi dan kurus.

Perhatikan detail lain ataupun aksesori – Jika memakai jaket, jangan memilih yang panjangnya hingga mencecah ke pinggang bawah dan mengancingkannya sampai atas. Hindari mengenakan dari model slim-fit.

2. Gemuk Atau Bertubuh Besar

Kenakan pakaian berbahan ringan – Lelaki berbadan gemuk atau besar sebaiknya mengenakan pakaian daripada fabrik yang ringan yang dapat membuatnya untuk kelihatan seakan-akan lebih ramping.

Kenakan warna gelap – Warna-warna gelap juga dapat memberikan kesan/ilusi merampingkan tubuh anda. Kenakan pakaian atas dan bawahan yang mempunyai tona warna sama. Hindari pakaian berwarna terang dan berkilat, kerana akan memfokuskan perhatian orang terhadap tubuh anda.

3. Bertubuh Pendek

Kenakan pakaian motif garis vertikal – Motif garis vertikal juga adalah merupakan antara cara terbaik untuk membantu dalam memberikan ilusi agar tubuh anda ternyata kelihatan seakan-akan lebih tinggi dari kebiasaannya.

Hindari pakaian dengan bentuk berikut – Houndstooth, herringbone, glen urquhart check, dan windowpane check. Ini disebabkan oleh bentuk-bentuk ini akan menyerlahkan tubuh anda yang kelihatan sememangnya pendek.

Kenakan baju atau kemeja lengan panjang yang tidak terlalu longgar – Dengan ini anda ternyata mampu untuk kelihatan seakan-akan tubuh anda lebih tinggi.