Adakah Dibenarkan Lelaki Memakai Baju Wanita?

Bila sahaja anda melihat tajuk artikel ini pasti anda terfikir boleh ke lelaki memakai pakaian wanita?

Bukan maksudnya pakaian wanita tu kita pakai dengan niat untuk mengubah personaliti kita menjadi wanita tetapi ada juga rekaan untuk wanita yang nampak cantik dengan lelaki.

Dan rekaan itu berguna untuk lelaki.

Jom kita lihat 7 benda yang boleh dipakai lelaki!

1. Boleh lelaki guna beg perempuan?

 

Pernah anda tengok lelaki urban / hispter memakai beg kecil ? Pasti ramai bukan, kerana bukan sahaja wanita memerlukan beg bimbit, lelaki juga memerlukan seutas beg tangan kecil yang boleh diletakkan barang penting seperti telefon, beg duit dan juga kunci kereta setiap kali keluar.

Oleh itu, jawapan bagi persoalan anda mengenai beg tangan lelaki memang boleh digunakan asalkan kena dengan rekaan dan warna supaya orang tidak pandang pelik.

2. Boleh ke lelaki guna tumit tinggi?

 

Maksud tumit tinggi bukan seperti kasut tumit tinggi wanita yang selalu kita tengok itu. Maksudnya ada sedikit ketinggian pada kasut seperti kasut but contohnya. Jika anda dapat lihat but yang ada rata-rata memiliki sedikit ketinggian.

Boleh anda bayangkan berapa banyak perhatian yang bakal anda dapat jika menggayakan kasut but ke luar? Oleh itu jika berjalan dalam cuaca sejuk, fesyen rugged dan kasut but tumit tinggi pasti memainkan peranan dalam personaliti anda.

3. Boleh Lelaki Pakai selipar Jepun?

 

Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan dengan isu selipar jepun ini mari kita lihat perbezaan selipar jepun dengan sandal. Jika anda tahu selipar jepun diperbuat daripada getah khususnya dan dibuat untuk melindungi kaki kita dari berjalan di atas permukaan tanah yang kadang-kala menyukarkan.

Untuk memakai selipar jepun ini anda disarankan untuk menggunakannya di pantai ataupun ketika di rumah. Jika anda memakai sandal ianya kelihatan lebih sopan dan lebih formal. Namun keselesaan bagi kedua-dua jenis selipar ini lebih kurang sama. Pastikan anda memiliki selipar jepun ini! Dan pastikan jangan memakai stoking bersama sandal anda!

4. Boleh ke lelaki memakai mekap?

 

Ini adalah realiti untuk lelaki. Mekap bukan eksklusif hanya untuk wanita.

Semenjak dari pemerintahan Rom lagi mereka sudah mula menggunakan mekap untuk menutupi muka mereka yang ditumbuhi jerawat. Kemudian di era media sosial ini ada pula lelaki yang menggunakan medium youtube untuk berkongsi dengan masyarakat lain mekap mana yang sesuai untuk menutupi cela muka yang rosak akibat bekas jerawat.

Jika anda perhatikan, model yang saban hari menghiasi majalah, televisyen dan juga media sosial anda. Kalau bukan kerana mekap sudah pasti wajah mereka tidak akan begitu putih.

5. Boleh lelaki Guna Skaf?

 

Ada juga lelaki yang menganggap lelaki lembut sahaja yang akan memakai skaf di leher. Bayangkan anda tinggal di negara yang bersuhu 40 darjah selsius takkan anda mahu ikat leher anda denga tuala, pasti tidak bukan!

Skaf kebiasaannya diperbuat dari material lembut yang melindungi dan memberikan keselesaan kepada leher.

Tapi mengapa wanita menggunakan skaf? secara jujurnya adalah amat elok lelaki menggunakan skaf. Anda juga mungkin ingin mencuba skaf wanita yang ada kena dengan personaliti anda.

6. Boleh ke memakai cermin mata hitam?

 

Adakah itu yang anda fikir? Hanya wanita sahaja perlu melindungi mata dari sinaran UV matahari. Sedangkan lelaki turut terkesan jika cuaca bertukar menjadi panas. Apatah lagi jika anda menaiki motor pasti anda mahu melindungi mata dari terkena habuk. Ya, cermin mata hitam dicipta untuk melindugi mata dari terkena sinaran UV secara berlebihan.

Tapi anda sebagai lelaki mesti pandai memilih cermin mata gelap yang sesuai dengan anda. Pastikan kena dengan gaya dan nampak lebih kacak dengan berkata mata hitam.