Panduan Memakai Seluar Pendek Bagi Jejaka


- 20 Mar 17
View 1,485 : Today 1

Seluar pendek merupakan pilihan kedua bagi lelaki yang gemar kecekapan di dalam berpakaian. Seluar pendek ini boleh dipakai ke mana-mana sahaja. Tapi anda jangan buat kerja gila dengan memakai seluar pendek ke pejabat. Kang ada pula bos panggil anda untuk balik. Tapi tak kan sampai pergi pejabat pun anda teringin pakai seluar pendekkan? Heh.

Advertisement

Seluar pendek ini terkenal pada zaman peperangan 1, 2, lagi, kalau kita kaji balik sejarah tengok gambar penjawat awam kita seperti polis mahupun askar memang ketika itu menjadikan seluar pendek bawah lutut sebagai seragam. Kemudian selepas itu Hollywood ambil inspirasi daripada seluar pendek itu menjadikannya satu fesyen yang sehingga kini menjadi ikutan.

Kalau kita lihat, orang muda yang umurnya 15-18 tahun nampak ok jer bila pakai tapi bila umur menginjak ke usia 30 tahun dan ke atas seluar pendek dikatakan pakaian yang kurang sopan.

Sebelum kita bermula, ingin saya ingatkan apa sebenarnya tujuan utama post ini di tulis?

Secara asasnya adalah kerana untuk mengelakkan daripada berlakunya gaya seperti ini.

Ye tuan kalau tak kena gaya tuan juga boleh jadi sedemikian.

Bila masa sesuai untuk memakai seluar pendek

2 peraturan dalam pemakaian seluar pendek

  1. Suhu ketika anda mengayakan seluar pendek itu mestilah panas, so kat Malaysia ni memang ramai yang pakai seluar pendek sebab cuacanya yang selalu panas.. So untuk tempat seperti Bermuda, memakai seluar dengan blazer adalah pandangan yang biasa.
  2. Ketika anda tidak mengetuai bisnes atau menghadiri majlis formal. Mungkin ada lelaki yang sememangnya ada fashion sense tidak kisah namun begitu jika anda mengetuai urusan bisnes seluar panjang merupakan perkara wajib!

Berapa pendek?

Seluar yang anda dapat lihat di sebelah kiri adalah yang paling pendek memang ada lelaki yang selesa begitu. Saya cadangkan tidak lebih dari 2 atau 3 inci dari atas lutut. Mungkin di Timur Eropah, anda boleh pakai seluar yang pendek tapi saya nak anda komen di bawah tentang pandangan anda masing-masing tentang berapa pendek seluar tu untuk lelaki.

Seluar pendek sukan, mereka boleh lebih pendek kerana bersukan. Dia perlu bergerak ringan, berlari. Saya ingat lagi ketika berlari di zaman kolej memang saya pakai seluar yang agak pendek namun itu tidak menjadi isu.

Fit

Lebih baik rapat dari longgar. Ramai yang gunakan seluar yang lebih besar dari kakinya dan kelihatan seperti peha ayam. Elakkan, cuba ukur seluar yang ngam dengan kaki dan pilih!

Apa yang perlu dielak?

Seluar pendek yang terlalu daring dan pendek.  Seluar pendek seperti seluar mandi hanya akan mendapat perhatian daripada orang sekeliling.

Apa yang boleh dipakai bersama seluar pendek

 

Kebanyakkan masa yang anda lihat, lelaki memakai seluar pendek bersama sandal akan tetapi gaya ini seharusnya dipakai ketika anda berjalan di tepi pantai. Selain daripada itu, pakai bersama kasut but ataupun kasut jenis loafers. Simpan stoking di dalam kasut kerana anda tidak mahu stoking anda kelihatan ketika memakai kasut kanvas atau apa jenis kasut sekalipun.

T-shirt yang boleh dipakai bersama seluar pendek.

Adalah paling senang memakai polo t-shirt. Namun begitu banyak jenama yang boleh di padankan di luar sana namun jika anda berniat untuk tuck in baju pasti anda nampak kemas.

Advertisement