Kenyataan Akhbar KPK 18 Mac 2017 – Dakwaan Doktor Gigi Mencabul Pelajar di Tawau


- 20 Mar 17
View 1,643 : Today 5

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan media mengenai dakwaan seorang Doktor Gigi yang mencabul 5 orang pelajar perempuan di Tawau, Sabah pada 17 Mac 2017.

Advertisement

 

KKM amat memandang serius ke atas dakwaan yang menyentuh mengenai kod etika profesional seorang Pengamal Pergigian dan juga sebagai penjawat awam. Adalah dimaklumkan bahawa kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis. Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan. KKM juga sedang menjalankan siasatan dalaman yang terperinci susulan dari dakwaan ini mengikut peraturan dan tatatertib penjawat awam yang digariskan.

Perkhidmatan Pergigian sekolah adalah teras utama dalam perkhidmatan pergigian awam yang telah dimulakan sejak dari tahun 1948 lagi. Bermula tahun 1970an, perkhidmatan ini terus diperkukuhkan secara berperingkat dengan sistematik dan menyeluruh supaya matlamat kesihatan gigi kanak-kanak tercapai sepenuhnya. Ia disampaikan oleh pasukan pergigian samada menggunakan peralatan mudah alih ataupun klinik pergigian bergerak.

KKM turut berharap agar kejadian ini tidak menjejaskan penerimaan perkhidmatan pergigian sekolah yang sehingga kini telah berjaya mengurangkan penyakit pergigian dalam kalangan murid sekolah dengan lebih 95% sekolah rendah dan 85% sekolah menengah diliputi.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Mac 2017

Advertisement