5 Tips Kecergasan Yang Penting Untuk Diamalkan Oleh Lelaki


- 20 Mar 17
View 1,858 : Today 6

Bersenam merupakan amalan terbaik untuk lelaki yang ingin menurunkan berat badan di samping mendapatkan bentuk tubuh yang sempurna dan digilai ramai. Akan tetapi untuk memulakan aktiviti kecergasan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dipandang remeh sahaja.

Advertisement

Pelbagai perkara dan persiapan harus juga anda ambil kira demi kepentingan keselamatan anda dan juga keselesaan ketika anda ingin menjalani latihan nanti. Sekurang-kurangnya persediaan ini membantu anda untuk lebih bermotivasi ketika berlatih nanti.

Jom kita lihat beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk aktiviti kecergasan anda.

  1. Senaman bersama rakan-rakan

Kita semua tahu bahawa sememangnya agak sukar untuk memberikan komitmen dan disiplin dalam rutin senaman, tetapi jika anda memiliki rakan yang mempunyai keinginan yang sama mahu fit macam anda, anda tentu boleh lebih fokus dan berdisplin semasa melakukan senaman.

  1. Setkan matlamat anda sendiri

Matlamat cukup penting untuk anda, sebelum anda memulakan senaman,anda perlu tetapkan dahulu matlamat yang ingin untuk anda capai. Adakah anda melakukannya hanya kerana ingin membina otot atau anda ingin menurunkan berat badan atau mungkin kedua-duanya sekali.

  1. Mulakan secara perlahan-lahan

Jika anda baru memulakannya, mulakan secara perlahan-lahan. Terlalu memaksa diri boleh menyebabkan anda cedera. Contohnya jika anda melakukan latihan bebanan mulakan dari yang ringan ke berat. Setkan satu bebanan setiap minggu dan naikkannya perlahan-lahan.

  1. Sediakan jadual latihan untuk anda

Jadual latihan adalah sangat penting untuk anda, sama seperti anda menjadualkan kerja atau perniagaan dan masa dengan keluarga anda. Anda tidak mungkin membatalkan mesyuarat yang penting untuk kerja, anda juga boleh menjadualkan senaman anda dengan cara yang sama.

  1. Dapatkan peralatan dan pakaian yang sesuai

Apa sahaja senaman anda pilih, anda tentu akan memerlukan peralatan yang sesuai. Kemungkinan ia boleh menjadi samada sepasang kasut baru dan pakaian yang selesa atau pun alatan bebanan yang berguna untuk melakukan latihan anda. Semua harus dipersiapkan terlebih dahulu.

Advertisement