6 Pantang Larang Untuk Menjaga Dan Memelihara Rambut


- 21 Mar 17
View 3,093 : Today 1

Andainya anda hendak mencegah diri daripada terkena penyakit seperti masalah kolestrol yang tinggi, ada pantang-larang yang patut anda ikuti. Contohnya seperti elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak.

Advertisement

Andainya anda nak elakkan daripada terkena penyakit seperti diabetis, jangan letakkan terlalu banyak gula dalam makanan ataupun minuman anda.

Begitu juga hal penjagaan rambut. Terdapat pantang-larang yang mesti anda ikut agar rambut anda akan kekal sihat dan mengelakkan daripada berlakunya masalah-masalah rambut terutamanya rambut gugur.

Mengapa pantang-larang seperti ini wujud? Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, di mana ia bermaksud kita mesti elakkan daripada masalah itu berlaku dahulu sebelum ia terjadi.

Masalah yang sudah berlaku, kadangkala sukar untuk diselesaikan dan boleh juga menyebabkan kedatangan masalah-masalah lain.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi anda untuk mengikuti pantang-larang ini agar anda dapat menjaga dan memelihara rambut dengan baik.

Jadi di sini, kami ingin kongsikan 6 pantang larang yang anda harus ikut seandainya anda mahu mengekalkan rambut yang sihat, segar dan menawan.

1. Jangan basuh rambut guna air panas

Membasuh rambut menggunakan air panas akan menyebabkan rambut anda tidak bersinar, mengerekot dan mudah gugur.

2. Banyakkan makanan yang mengandungi vitamin A dan D

Makanan seperti ikan dan sayur mengandungi banyak vitamin A dan D di mana ia membantu mengekalkan pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.

3. Bersenam

Dengan bersenam, anda akan melancarkan lagi pengedaran darah agar sampai ke kepala di mana ia membawa nutrient-nutrien yang diperlukan untuk menjaga dan memelihara rambut dan kulit kepala anda.

4. Elakkan stres

Apabila anda stres, hormon kortisol akan meningkat dengan cepat dan seterusnya menyebabkan perubahan hormon yang mendadak lalu menyebabkan masalah keguguran rambut.

5. Elakkan minum minuman yang berkafein secara berlebihan

Kafein yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan badan anda kekurangan zat besi dan akan menyebabkan rambut menjadi tidak kuat dan mudah gugur.

6. Elakkan menggunakan syampu yang banyak bahan kimia

Menggunakan syampu yang banyak bahan kimia boleh merosakkan rambut anda dalam jangka masa panjang. Ia boleh merosakkan zat-zat dan vitamin-vitamin yang diperlukan untuk menyihatkan rambut anda dan menghalang penumbuhan rambut yang sihat.

 

Advertisement