5 Cara Yang Betul Untuk Memiliki Rambut Panjang


- 21 Mar 17
View 3,036 : Today 8
Advertisement

Mungkin disebabkan artis kegemaran anda menyimpan rambut yang panjang maka anda mahu meniru mereka?

Tetapi, adakah anda tahu cara yang betul untuk memiliki rambut yang panjang?

Hanya sekadar mahu tetapi tidak tahu cara yang betul untuk memiliki rambut yang panjang pun tidak guna juga. Oleh kerana itu, kami ingin berkongsi dengan anda 5 cara yang betul untuk memiliki rambut  panjang.

1. Sesuai atau tidak?

Pertama-tamanya, sebelum anda menyimpan rambut panjang, tanya kepada diri sendiri dahulu sama ada gaya ini sesuai ataupun tidak untuk anda.

Tidak semua orang sesuai untuk memiliki rambut yang panjang. Ada juga jenis kerjaya yang tidak benarkan anda berambut panjang, contohnya guru.

Oleh itu, anda perlu kenal pasti sama memiliki rambut panjang ini sesuai ataupun tidak untuk anda.

2. Jangan kerap bersyampu

Elakkan daripada selalu syampu rambut anda setiap hari. Jika anda kerap syampu rambut anda ia akan merosakkan folikel rambut dan seterusnya mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat dan merosakkan akar rambut.

Pastikan anda juga tidak memilih syampu yang tinggi kandungan sulfatnya.

3. Jaga pemakanan

Makan sesuatu yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan boleh memelihara rambut sedia ada.

Amalkan memakan makanan yang mengandungi vitamin c, biotin dan niacin yang boleh membantu menumbuhkan rambut dengan baik.

Buah-buahan seperti buah oren dan betik boleh membantu dalam hal penjagaan rambut ini.

4. Gunakan perapi rambut

Bagi anda yang mahukan rambut yang panjang, menggunakan perapi rambut adalah satu kemestian.

Ini perlu dijadikan amalan agar rambut anda tidak kelihatan kusut dan serabut. Perapi rambut akan memastikan rambut anda kelihatan kemas dan juga terurus.

5. Menggunakan tonik rambut

Anda juga boleh mencuba tonik rambut untuk mempercepatkan penumbuhan rambut.

Selain itu, tonik rambut juga boleh membantu menghasilkan rambut yang sihat dan juga akar rambut yang kuat.

Advertisement