Kebaikkan Buah Tunjuk Langit Untuk Lelaki (Sky Fruit)


- 1 Nov 17
View 823 : Today 21

Keajaiban buah tunjuk langit dibuktikan sejak dari dulu lagi dalam merawat masalah ereksi, lemah syahwat, tenaga batin, kurang tegang dan sebagainya.

Advertisement

Fungsi utama buah tunjuk langit (dikenali juga sebagai Sky Fruit) di dalam merawat masalah mati pucuk adalah merangsang pembukaan pembuluh darah serta membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan.

Tunjuk Langit tidak berfungsi seperti ubatan moden (berasaskan dadah) yang boleh dimakan beberapa minit sebelum aktiviti seks; tetapi lebih kepada amalan jangka masa panjang.

Buah tunjuk langit terkenal kerana rasanya yang sangat pahit menyebabkan ramai yang tidak mampu memakannya begitu sahaja. Oleh itu, kebiasaannya ia dimasukkan ke dalam bentuk kapsul yang sedia dimakan tanpa sebarang rasa pahit.

Buah tunjuk langit mengandungi 3 bahan aktif utama; FLAVONOIDS, SAPONINS & BITTER ALKALOIDS.

Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang mampu menangani pelbagai penyakit antara­nya kencing manis kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

Selain itu, buah yang mempunyai 1,001 khasiat ini juga membantu individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan selain boleh menjadi penawar penyakit migrain.

Mengandungi pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin A, B6 dan B selain protein, kalsium dan magnesium, buah ini juga membantu menangani masalah gout, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kecergasan badan.

Buah ini mendapat perhatian dunia sejak akhir-akhir ini selepas banyak kajian bioteknologi dijalankan berjaya menemukan pelbagai kebaikannya.

Pakar saintis bioteknologi berpendapat, biji buah ini mengandungi banyak khasiat semula jadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.

Tumbuhan liar ini berasal daripada jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok mahogani atau mahoni) yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, barat India, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.

Selain mengamalkan pengambilan buah ini, anda juga dinasihatkan mengawal diet harian dan tidak mengambil makanan atau minuman sesuka hati tanpa kawalan.

 

Sumber

Advertisement