Selera Muzik Lelaki Dipengaruhi Kadar Testosteron


- 5 Feb 18
View 143 : Today 1

Selera muzik boleh menunjukkan siapa diri kita, bagaimana keperibadian kita , dan bagaimana kita berfikir. Begitu pun sebaliknya. Ini menunjukkan betapa manusia berbeza antara satu sama lain dalam menyerap rona muzik yang bervariasi.

Advertisement

Namun, apakah penyebab yang membezakannya belum dapat sepenuhnya diketahui. Sejauh ini, sebahagian besar penelitian tentang selera muzik berfokus pada keperibadian individu. Kini, kaji selidik baru memberi bukti pertama bahawa selera muzik adalah berdasarkan sudut biologi.

Menurut Iflscience.com, kumpulan penyelidik periset dari Universiti Nagasaki di Jepun telah mengungkap bahawa selera muzik lelaki dipengaruhi oleh kadar tinggi rendahnya tahap testosteron. Testosteron adalah fungsi seksual dan hormon reproduksi yang ada pada dua jantina berlainan, tetapi dengan jumlah yang lebih tinggi pada kaum lelaki.

Mengapa testoseteron yang dipilih sebagai landasan ujian, kerana hormon seks ini telah dikaitkan dengan ciri keperibadian tertentu dan diketahui mempengaruhi kawasan otak dalam memproses perilaku.

Pada kaji selidik terbaru, ada sejumlah catatan penting yang ditemui.

Pertama, mereka tidak menemui hubungan antara testosteron dan muzik pada responden perempuan. Periset menduga kerana kadar testosteronnya yang rendah. Kedua, testosteron tidak hanya memengaruhi selera muzik tapi juga selera seni dan rekabentuk.

Ketiga dan yang paling penting, kesan testosteron ternyata mampu untuk mempengaruhi amigdala, area otak yang mengendalikan emosi dan bertindakbalas terhadap pengalaman yang menyeronokkan. Meski periset tak dapat memastikan alasannya, mereka punya satu gagasan yang terhubung dengan banyak penelitian sebelumnya, bahawa testosteron mendorong orang untuk mendominasi .

Oleh itu anda akan sedikit sebanyak mendapati mengapa selera muzik anda yang berusia di sekitar 20 -30 adalah berbeza dengan kadar yang cukup ketara jika dibandingkan dengan selera muzik ayah anda yang berusia di sekitar 50-60 atas faktor kadar testosteron yang berlainan di antara anda berdua.

 

Advertisement