4 Taktik Mudah Untuk Suami Dapat Layanan Kelas Satu Di Ranjang


- 6 Feb 18
View 560 : Today 1

Ramai suami merungut isteri tidak lagi memberi layanan batin yang mantap seperti mula berkahwin. Di sini Hazel ingin kongsikan 4 taktik mudah untuk para suami mendapat layanan bertaraf kelas satu dari isteri kesayangan di atas katil.

Advertisement

Bantu Urusan Rumahtangga
Bukan para isteri tidak mahu memberikan layanan seks terbaik kepada suami, namun kepenatan selepas menguruskan hal rumahtangga dan kerjaya menjadi faktor utama yang menghalang. Tubuh yang letih biasanya sukar mengeluarkan hormon yang merangsang nafsu seks. Ini menyebabkan ramai isteri lebih suka memilih untuk berehat atau tidur daripada melakukan seks yang mengambil banyak masa dan tenaga. Masalah ini boleh diatasi jika suami turut membantu isteri menyiapkan urusan rumahtangga seperti menjaga anak dan mengemas rumah supaya isteri mendapat rehat yang cukup. Pastinya isteri tidak akan menolak pelawaan suami, jika fikiran dan tubuhnya aman daripada tekanan.

Tidak Lokek Berbelanja Untuk Si Dia
Tahukah anda, lelaki-lelaki berkuasa seperti raja dan menteri tidak lokek mengeluarkan belanja untuk wanita kesayangan agar mereka sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik terutamanya sewaktu ‘bersama’. Laburkan sedikit wang untuk belanja kecantikan bulanan isteri seperti membeli pakaian dalam seksi, makanan tambahan untuk lebih bertenaga dan juga rawatan muka atau badan. Anda boleh susun perbelanjaan ini dengan bajet yang bersesuaian dengan pendapatan anda. Ada pepatah yang mengatakan happy wife, happy life yang bermakna anda perlu menggembirakan hati isteri anda untuk mendapat kegembiraan yang sama.

Jaga Keterampilan Dan Kebersihan Diri
Jika suami mahukan isteri sentiasa tampil cantik menawan, begitulah juga kemahuan isteri. Anda tidak perlu menjadi sekacak Fattah Amin, tetapi berusahalah menjaga tubuh badan agar isteri tidak hilang selera untuk berasmaradana. Pastikan badan dan mulut tidak berbau memualkan dan bahagian sulit sentiasa dirapi kemas walaupun perut anda tiada sixpacks seperti Sam Shaheizy. Kebersihan tubuh badan mampu merubah layanan isteri yang selama ini mungkin ala kadar kepada layanan bertaraf hotel lima bintang.

Zahirkan Penghargaan
Majoriti suami beranggapan seks adalah hak semulajadi mereka yang tidak perlu diusahakan. Disebabkan pemikiran ini, ramai suami terlupa untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada isteri selepas selesai hubungan intim. Seeloknya, jangan terus tinggalkan isteri selepas mencapai kepuasan. Sebaliknya, pamerkan penghargaan anda terhadap aktiviti seks tadi dengan pelukan erat, ciuman di dahi dan ucapan terima kasih. Tambahkan lagi dengan mandi bersama supaya keintiman dapat dihangatkan. Pasti anda akan terkejut dengan layanan yang bakal anda terima untuk sesi berikutnya. Cubalah!

Advertisement