Hal Yang Membuatkan Lelaki Itu Lebih Bahagia Berbanding Dengan Seks


- 7 Feb 18
View 1,399 : Today 66

Seks sememangnya sering disebut-sebut dapat membuatkan seseorang itu bahagia, namun ternyata ada hal lain yang lebih membahagiakan berbanding dengan seks. Berdasarkan data terhadap 3000 orang, penduduk London dikatakan lebih bahagia jika mampu untuk tiba ke pejabat dengan cepat tanpa sebarang masalah.

Advertisement

Bancian yang dilakukan oleh Time Out ini menemukan bahawa 84 persen penduduk London merasa lebih bahagia selepas melalui perjalanan ke pejabat dengan masa yang lebih singkat dibandingkan berhubungan seks yang hanya diakui dua peratus sahaja dari responden.

Perjalanan singkat yang dimaksudkan adalah hanya 15-30 minit. Namun kelihatannya seolah-olah hasil bancian ini juga berlaku di beberapa negara lain dengan angka peratusan yang agak tinggi.

Menurut sebuah kajian yang telah dilakukan oleh University of Waterloo, ada kaitan secara langsung antara waktu yang dihabiskan di jalanraya dengan kepuasan hidup yang lebih rendah secara keseluruhan.

Laporan tersebut menunjukkan, mereka yang menghabiskan waktu yang terlalu lama ketika berada di jalanraya, paling tinggi melaporkan kadar tekanan jika dibandingkan mereka yang menghabiskan waktu lebih singkat di jalanan.

Kajian lain tahun 2012 yang diterbitkan di American Journal of Preventative Medicine juga menemukan hubungan antara perjalanan yang panjang dan kesan sampingan bagi kesihatan seorang lelaki. Hasil penelitian tersebut menunjukkan bahawa orang yang melakukan perjalanan lebih lama sering dikaitkan dengan risiko peningkatan berat badan dan penyakit metabolisma yang lebih tinggi.

Hal ini adalah disebabkan oleh orang-orang yang harus menghabiskan waktu dalam jumlah yang lebih lama di jalan sehingga memiliki sedikit waktu untuk mereka melakukan senaman yang dapat membawa perubahan yang jelas pada fikiran dan tubuh mereka.

Advertisement