Kunci Lelaki Memahami Wanita (Bahagian 1)


- 7 Feb 18
View 233 : Today 1

Lelaki sering merungut wanita adalah makhluk paling sukar dimengertikan. Benarkah anggapan kebanyakan lelaki itu? Atau sebenarnya lelaki yang malas atau tidak tahu cara komunikasi yang tepat dengan wanita untuk memahami jiwa perasaan mereka.

Advertisement

Terima Perbezaan Cara Berfikir Wanita
Cara lelaki dan wanita berfikir adalah berbeza. Dua jantina ini memproses maklumat secara berlainan dan ia adalah keadaan semulajadi ciptaan Tuhan. Ia bukan bermaksud wanita gila, emosi atau sukar dimengerti, cuma wanita melihat sesuatu situasi berlainan daripada lelaki. Jadi, kunci pertama untuk memahami wanita ialah dengan menerima hakikat perbezaan cara berfikir wanita.

Setiap Wanita Dilahirkan Unik
Juga tidak adil mengandaikan perangai semua wanita adalah sama. Setiap individu walaupun jantina yang sama mempunyai perwatakan yang berbeza-beza. Wanita juga memberi tindak balas kepada masalah, suasana dan sesuatu perkara dengan cara berlainan mengikut personaliti dan faktor-faktor lain. Ada yang suka memendam perasaan dan ada juga yang suka menunjukkan perasaan. Anda perlu kenali pasangan anda jatuh dalam kategori yang mana satu.

Otak Wanita Tiada Kotak Berasingan
Lelaki secara amnya walaupun tidak semua, dapat pulang ke rumah dan menghabiskan masa dengan keluarga walaupun menghadapi masalah di luar rumah. Ini kerana otak lelaki dapat mengasingkan perkara yang tidak penting untuk difikirkan dan dibuat tindakan pada masa yang lain. Tetapi, wanita kerana sifat empati yang tinggi akan membawa bersama permasalahan di luar ke dalam rumah. Jadi jika pasangan anda tiba-tiba merengus atau tiada mood dan anda pasti puncanya bukan dari anda, ada kemungkinan si dia memikirkan perkara lain.

Perhatikan Tindakannya
Ada wanita yang suka memberikan isyarat atau clue untuk diteka pasangannya. Contohnya, apabila pasangan anda marah, tindakan yang sepatutnya ialah menunjukkan kemarahan dengan kata-kata. Tetapi ada juga yang memilih untuk berdiam diri atau menarik muka masam. Anda perlu peka dengan isyarat ini dan bertanya keadaannya untuk menunjukkan yang anda ambil peduli.

Teruskan Berusaha, Jangan Berhenti Kali Pertama
Kesilapan ramai lelaki ialah terus berhenti selepas percubaan atau pertanyaan kali pertama tidak dilayan. Biasanya jawapan wanita seperti, it’s okay, I’m fine, bermakna anda perlu mencuba beberapa kali sebelum dia memberikan jawapan ya atau tidak. Berputus asa pada percubaan kali pertama membayangkan sifat tidak bersungguh-sungguh anda.

Suka dengan tulisan Hazel? Kongsilah di Facebook anda, dan Hazel akan tulis lebih banyak tips tentang wanita dari kacamata seorang wanita. Muah!

Advertisement