5 Makanan Wajib Untuk Lelaki 40an (Bahagian 1)

Usia 40an adalah peringkat kehidupan yang penting kepada lelaki kerana pada umur inilah mereka terikat kepada pelbagai tanggungjawab seperti keluarga, pekerjaan, perniagaan dan perancangan masa depan seperti persaraan.

Terung
Sayuran berwarna ungu ini mengandungi antioksidan, phytonutrient, fenolik dan flavonoids yang tinggi. Selain rendah kalori, terung juga kaya dengan kandungan air dan serat. Warna ungu pada terung menunjukkan kehadiran antosianin yang menentang kerosakan radikal bebas pada tubuh badan yang akhirnya menyebabkan masalah dari segi penuaan serta penyakit.

Jambu
Sejenis buah-buahan yang mewah dengan kandungan Vitamin C. Terdapat 212mg Vitamin C dalam setiap setiap 100g buah jambu yang menolong sistem imuniti dan memberi perlindungan daripada penyakit. Kandungan potassium dalam buah ini pula membantu kesihatan otot serta tekanan darah. Selain menjadi sumber aktioksidan yang kaya jambu juga melindungi daripada kanser prostat dan membantu kesuburan.

Susu
Susu adalah minuman yang sesuai untuk orang dewasa kerana ia mengandungi kandungan lengkap nutrisi seperti protein, vitamin dan mineral. Terdapat 58 kalori, 240mg kalsium dan vitamin B12 dalam segelas susu. Ia juga mempunyai kalsium yang mustahak untuk kesihatan tulang, gigi dan mampu menentang masalah angin ahmar. Jurnal “American Heart Association” menunjukkan terdapat hubungan rapat pengambilan susu dan bagaimana ia dapat mengelak angin ahmar.

Herba
Kandungan semulajadi dalam kebanyakan herba membantu tubuh menangani tekanan sekaligus menyihatkan sistem badan. Herba seperti ginseng, ketumbar dan tongkat ali misalnya digunakan sejak dahulu kala sebagai perubatan alternatif. Terdapat banyak kajian klinikal yang menyokong faedah herba kepada kesihatan tubuh badan.

Minyak
Minyak penting kerana ia membantu resapan Vitamins A, D, E, dan K. Minyak menyediakan asid lemak yang diperlukan, tenaga dan berperanan tinggi terhadap kandungan cecair badan serta sel membran. Minyak dan lelemak membekalkan 20-25% kalori harian kepada badan. Pilih minyak yang tinggi kandungan lemak baik seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.