6 Kesalahan Lelaki Semasa Melakukan Hubungan Seks

Apakah perkara semasa seks yang boleh membuatkan wanita ‘turn-off’ atau enggan meneruskannya? Perut yang boroi? Bau badan yang memualkan? Atau saiz zakar yang kecil? Pasti ramai lelaki terkejut dengan 6 kesalahan yang disenaraikan ini.

Sentuhan yang kasar
Bagi kebanyakan wanita, sentuhan kasar lelaki pada anggota badan mereka bermakna kebencian dan keganasan. Tidak ramai wanita yang suka dipegang dengan cara yang kasar pada waktu-waktu biasa, apatah lagi semasa melakukan hubungan intim. Sebaliknya sentuhan lelaki yang lembut dan penuh kasih sayang lebih merangsangkan lagi ghairah dan pergerakan wanita semasa berhubungan seks. Tidak perlu keterlaluan kerana apabila anda sudah mula menyentuh kawasan rahsiannya itu pasti dia akan memberikan isyarat untuk bertindak lebih agresif.

Menolak ciuman selepas seks
Ciuman selepas selesai hubungan seks adalah tanda kasih sayang dan kepercayaan di antara anda dengan pasangan. Jika anda menolak untuk bercium, si dia akan menganggap anda hanya menggunakannya untuk kepuasan seks semata-mata. Ini kerana wanita biasanya mengaitkan seks dengan cinta dan jika anda menolak ciumannya, si dia akan sakit hati dan merasakan dirinya perempuan murahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Lupa untuk bermesra
Bermesra yang dimaksudkan di sini bukan ‘foreplay’ tetapi mesra dari segi perasaan dan fikiran. Ramai lelaki yang ingin terus melakukan hubungan seks tanpa memikirkan perasaan pasangannya. Perempuan tidak berfungsi seperti suis elektrik yang boleh ‘on’ bila-bila masa apabila disentuh secara fizikal. Mereka perlu di’panas’kan dan dirangsang melalui emosi. Apa kata, ambil masa dalam 10 minit untuk berbual dengan pasangan anda dan mula menggoda dengan perbualan erotis dan romantis bagi menghangatkan nafsunya. Anda pasti terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan pasangan anda.

Tertekan dengan keupayaan seks diri
Mungkin ini seringkali terjadi apatah lagi jika anda baru pertama kali melakukan hubungan intim. Ramai orang dewasa yang memahami perasaan ini. Jangan khuatir kerana untuk mendapatkan rentak seks yang sempurna memerlukan masa dan komunikasi. Oleh itu anda perlu lebih mengambil ringan tentang perkara ini dan biarkan sahaja ianya berlalu dan jangan terlalu tertekan dengan keupayaan seks anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aksi seks anda membosankan
Walaupun tidak ramai wanita yang berani meluahkan, anda patut peka dengan hal ini sekiranya pasangan anda tidak berminat melakukan hubungan badan dengan anda. Jika anda hanya melakukan seks dengan posisi atau di tempat yang sama, apa kata sekali-sekala ubah rutin itu. Selama ini anda hanya beraksi di bilik tidur, mungkin boleh cuba di bilik air, dapur atau di hotel. Bagi posisi seks, pastikan posisi itu posisi yang halal di sisi agama dan undang-undang serta tidak berbahaya dari segi kesihatan.

Enggan memakai kondom
Ya, inilah kesalahan terbesar bagi ramai lelaki semasa hubungan seks. Walaupun tujuan utama anda adalah untuk mendapat kenikmatan, anda perlu mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan anda. Sama ada berkahwin atau tidak, jika anda khuatir hubungan seks tersebut berisiko menghasilkan bayi, memakai kondom adalah cara paling murah dan mudah untuk mengelakkan pasangan anda mengandung. Kondom dapat menghalang kehamilan yang tidak diingini, sekaligus mencegah pengguguran atau pembuangan bayi. Ia juga kaedah yang berkesan untuk menghindari jangkitan penyakit berkaitan seks seperti HIV. Jadilah lelaki yang bermaruah dan bertanggungjawab.