Item Fesyen Wajib Ada Bagi Setiap Lelaki (Bahagian 1)

Jangan fikir hanya wanita sahaja yang perlu ada beberapa item wajib fesyen dalam almari mereka. Lelaki juga perlu ada sekurang-kurangnya lima barang asas ini supaya penampilan anda kemas, tersusun dan menarik.

Kemeja Putih Berbutang
Dengan mengenakan pilihan klasik ini, percayalah pilihan fesyen anda tidak akan mengecewakan atau memalukan anda, sama ada untuk majlis rasmi mahupun penggayaan kasual. Kemeja putih berbutang sentiasa buatkan anda kelihatan lebih maskulin. Tetapi pastikan ukuran dan saiz kemeja adalah sesuai dan terletak sempurna di badan anda agar ianya tampak lebih bergaya. Tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar, itu prinsip pemakaian kemeja putih berbutang buat lelaki.

Kemeja-T Putih
Ianya wajib bagi setiap lelaki untuk mempunyai sekurang-kurangnya sehelai baju kemeja-T putih dalam gerobok fesyen mereka. Anda boleh pilih pelbagai pilihan potongan di bahagian leher yang anda sukakan dan sesuai dengan diri anda.

Tali Pinggang
Ianya adalah aksesori praktikal dan amat disarankan dalam almari pakaian mana-mana lelaki sekalipun. Trending terkini anda juga boleh menggantikannya dengan tali yang versatil dan khas untuk pengganti tali pinggang. Ia akan lebih tampak retro pada stail.

Jam Tangan
Setiap gaya lelaki akan secara automatik kabur jika pilihan jam yang salah untuk dipadankan bersama penampilan harian. Lelaki memerlukan jam tangan yang berkualiti dan penuh gaya. Ianya item penting dalam gerobok fesyen lelaki yang boleh bertahan bertahun-tahun. Pilihan jam tangan yang mewah dan versatil akan membuatkan penampilan seseorang lelaki lebih maskulin dan ianya boleh menonjolkan personaliti seseorang itu.

Kasut Rasmi
Kasut hitam sentiasa sesuai untuk kaum lelaki. Tidak kira untuk penggayaan kasual mahupun formal. Jeans, celana panjang khakis, segalanya sesuai untuk dikenakan bersama. Cuma yang penting pastikan kualiti kasut hitam tersebut adalah terbaik kerana pastinya anda akan menggunakannya agak lama.

Sneakers Santai
Ianya sesuai untuk penggayaan kala ke gim, kasual, kembara mahupun kala berjalan santai. Pilih sneakers putih yang stail dan tahan lasak serta selesa.