Mitos Dan Fakta Tentang Kesihatan Lelaki (Bahagian 2)


- 28 Feb 18
View 202 : Today 1

Berikut adalah sambungan dari artikel MITOS DAN FAKTA TENTANG KESIHATAN LELAKI (BAHAGIAN 1), senarai mitos dan fakta tentang kesihatan lelaki. Adakah perkara-perkara ini membuatkan anda bimbang atau tidak ambil peduli?

Advertisement

Topi atau pengering rambut menyebabkan kebotakan
Mitos: Tiada bukti yang menunjukkan penggunaan pengering rambut menyebabkan kebotakan. Paten keguguran rambut lelaki adalah disebabkan liang-liang rambut semakin mengecil menyebabkan rambut menjadi semakin pendek, halus dan akhirnya tiada rambut.

Seluar dalam ketat merendahkan bilangan sperma
Walaupun terdedah dengan suhu yang tinggi secara berpanjangan mampu memberi kesan kepada bilangan sperma, bukti-bukti yang mengatakan memakai seluar dalam ketat mengurangkan bilangan sperma adalah tidak konsisten.

Sekiranya tiada rasa sakit ketika bersenam, ia tidak berkesan
Tidak benar. Anda tidak akan mencapai tahap optimum semasa workout sekiranya anda berasa sakit. Sekiranya, anda mula merasa sakit yang berkaitan dengan sendi-sendi ia mungkin akan memberi kecederaan sekiranya anda terus melakukannya. No pain no gain sepatutnya adalah anda melakukan sesuatu workout sehingga anda tidak mampu melakukannya, bukannya sehingga anda berasa sakit.

Banyak lelaki mati disebabkan kanser prostat berbanding kanser lain
Tidak benar. Kanser paru-paru merupakan antara kanser utama yang menyerang lelaki mahupun wanita. Dan kanser prostat adalah kanser kedua yang banyak menyerang lelaki.

Lelaki tidak perlu risau tentang osteoporosis
Tidak benar. Osteoporosis merupakan penyakit yang menyebabkan tulang manusia menjadi semakin lemah dan tidak kuat menyebabkan risiko patah mudah berlaku. Ia jarang berlaku pada lelaki kerana lelaki mempunyai tulang yang lebih kuat dan mereka tidak mengalami proses menopaus yang menyebabkan perubahan hormon yang mendadak. Namun ada lelaki yang mempunyai risiko untuk mendapat osteoporosis terutama apabila umur mereka semakin tua. Faktor risiko lelaki adalah seperti umur, tahap hormon testosteron yang rendah, alkohol berlebihan, merokok, penyakit usus, penggunaan steroid dan tubuh badan yang tidak bergerak.

Advertisement