Isteri anda mengandung dan biasanya suami akan gembira dengan berita ini. Tapi ramai juga suami yang mula termenung kerana ramai yang terpaksa berpuasa selama 9 bulan daripada hubungan seks gara-gara mitos yang tidak benar. Mari semak mitos tentang seks sewaktu hamil, adakah benar atau bohong?
Seks boleh mencederakan bayi dalam rahim
Fakta: Tidak benar kerana janin dilindungi rahim dan aksi seks yang terkawal (tidak ganas dan kasar) tidak akan mengganggu pertumbuhan janin.
Orgasme boleh menyebabkan keguguran
Fakta: Tidak benar sebaliknya wanita mengandung digalakkan mendapat orgasme yang membantu mengelakkan kelahiran bayi pra-matang dan memudahkan proses bersalin.
Zakar boleh memberi jangkitan pada janin
Fakta: Air ketuban memberikan perlindungan kepada janin selagi anda tidak mempunyai sebarang penyakit. Namun jika anda masih ragu-ragu sarungkan kondom supaya lebih yakin.
Bayi tahu bila ibubapa berhubungan seks
Fakta: Bayi di dalam rahim tidak mempunyai kesedaran atau pengetahuan yang menjadikannya tahu tentang aktiviti ibubapanya. Jadi jangan segan silu untuk melakukan seks sewaktu kehamilan.
Seks oral semasa mengandung berbahaya
Fakta : Seks oral semasa mengandung dibolehkan selagi suami dan isteri tidak mempunyai sebarang penyakit seperti herpes, sifilis, tibi dan lain-lain.
Jangan lupa kongsi dan baca artikel ini bersama isteri tersayang supaya kehamilan tidak merenggangkan hubungan seks anda berdua!