Ketahui 5 Posisi Seks Selamat Ketika Isteri Hamil
Selepas membaca artikel Fakta Dan Mitos Tentang Seks Sewaktu Hamil, pasangan suami isteri seharusnya tidak perlu bimbang untuk melakukan hubungan seks sepanjang tempoh kehamilan. Apa yang penting ialah memastikan posisi seks yang dipilih selamat dan selesa seperti senarai berikut;
Bentuk V
Baring sebelah menyebelah dengan pasangan anda, kemudian letakkan kedua-dua paha pasangan di atas pinggul seperti bentuk V. Alas bantal di bawah badan anda dan juga isteri supaya anda dapat menampung berat pasangan.

Isteri di atas
Posisi ini boleh dilakukan sepanjang tempoh kehamilan iaitu suami berbaring dan isteri di atas badan suami. Pergerakan boleh dilakukan tanpa memberi beban kepada tulang belakang dan pinggang isteri.

Atas kerusi
Posisi ini agak sama seperti posisi kedua cuma perbezaannya menggunakan kerusi. Pastikan isteri di atas suami yang duduk di kerusi. Letakkan kerusi berhampiran dinding atau perabot supaya mudah untuk isteri menstabilkan badan sewaktu bangun dan duduk.

Spooning dari belakang
Baring dengan posisi isteri membelakangi anda. Letakkan beberapa biji bantal untuk menyokong berat badan sambil meninggikan posisi pinggul isteri.

Hujung katil
Baringkan isteri anda di atas katil dengan bahagian punggungnya berada sama aras dengan hujung atau tepi katil. Letakkan bantal di bawah badan pasangan bergantung pada keselesaan. Suami boleh laraskan kedudukan dengan sama ada berdiri, duduk di atas kerusi atau melutut.
