7 Amalan Untuk Kesihatan Menyeluruh


- 6 Mar 18
View 282 : Today 1

Adakah anda sering sakit-sakit dan merasa tua sebelum waktunya? Masih belum terlambat untuk mendapatkan kesihatan yang anda idamkan dengan 7 amalan di bawah.

Advertisement

Makan makanan sihat
Apa yang dimakan sebenarnya mempengaruhi prestasi seksual lelaki. Makan makanan berkhasiat yang kaya dengan nutrien dan rendah lemak, dapat memelihara keadaan sistem seksual badan. Makan banyak buah-buahan, sayuran, daging tanpa lemak dan susu rendah lemak.

Bersenam
Senaman ringkas seperti jogging, berjalan pada setiap hari atau aktiviti fizikal dirumah mampu mengekalkan kesihatan seksual juga. Lakukan apa sahaja yang diminati, janji ia mengeluarkan peluh. Kurang bersenam bukan hanya menjejaskan kesihatan fizikal, tapi percayalah, ia juga bakal menyebabkan kesihatan seksual merosot.

Berhenti merokok
Selain ia tidak baik untuk kesihatan paru-paru, ia juga menjadi punca utama masalah seksual seorang lelaki. Merokok merosakkan saluran arteri yang membawa darah ke zakar dab menjadikannya sukar untuk mengekalkan ereksi. Tabiat merokok boleh menyebabkan mati pucuk dan ia mengurangkan sperma dan kualitinya.

Ambil makanan tambahan
Kadang-kala, apa yang kita makan, tak dapat diserap sepenuhnya oleh badan kerana beberapa faktor luaran dan dalaman. Pengambilan makanan tambahan dapat membantu menambah kekurangan zat serta nutrisi yang diperlukan badan.

Kawal tekanan
Tekanan akan membuatkan tubuh, fikiran dan emosi merasa letih atau bimbang yang boleh membawa masalah seksual. Jangan sesekali biarkan tekanan merosakkan kualiti hidup kita. Kawallah tekanan dengan baik kerana apabila tertekan, kesihatan akan merosot dan mengganggu sistem badan.

Lakukan pemeriksaan kesihatan
Bagi lelaki pemeriksaan kesihatan adalah perkara remeh, namun ia perlu dilakukan secara berkala, sekurangnya 2-4 kali setahun. Ini bertujuan bagi mengetahui status kesihatan diri supaya boleh mengambil langkah pencegahan serta rawatan awal sekiranya mempunyai masalah atau diserang penyakit.

Bersikap positif
Dari sudut perubatan, samada moden atau alternatif perubatan, telah membuktikan bahawa seseorang yang mempunyai sikap positif dalam kehidupan menikmati tahap kehidupan seks yang lebih tinggi.

Advertisement