Fakta Menarik Tentang Skrotum


- 7 Mar 18
View 416 : Today 1

Skrotum yang juga dikenali sebagai buah zakar merupakan organ seksual lelaki seperti kelentit pada wanita yang mustahak pada proses orgasme. Buah zakar adalah organ yang sensitif dan memerlukan perhatian khusus. Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai skrotum.

Advertisement

Testis
Skrotum mempunyai testis yang menghasilkan semen dan sperma. Skrotum merupakan sebahagian dari sistem reproduksi lelaki yang berbentuk kantung (terdiri dari kulit dan otot) yang membungkus testis atau buah zakar. Skrotum terletak di antara penis dan anus serta di depan perineum. Skrotum berasal dari bahagian yang sama dengan labia mayora pada organ kelamin perempuan. Skrotum mempunyai 2 ruang dan setiap ruangnya berisi salah satu testis yang merupakan kelenjar penghasil sperma. 

Fungsi skrotum
Skrotum berfungsi untuk melindungi testis dan suhu ideal untuk skrotum adalah 37°C. Pengawalan suhu dilakukan dengan merapatkan atau melonggarkan skrotum, sehingga testis dapat bergerak menghampiri atau menjauhi tubuh. Testis akan mendekati tubuh pada suhu dingin dan bergerak menjauhi tubuh pada suhu panas. Skrotum akan mengecut dan mengerut pada suhu sejuk, jika ada rangsangan seksual dan sewaktu bersukan. Skrotum juga boleh berpeluh sewaktu suhu meningkat dan menghasilkan bau yang berasal dari zakar dan dubur disebabkan posisinya yang berdekatan. Jika memakai seluar ketat, suhu pada skrotum akan meningkat kerana haba terperangkap.

Ukuran skrotum
Saiz dan ukuran buah zakar berubah-ubah mengikut usia, suhu badan dan sewaktu melakukan hubungan seksual. Ukuran skrotum akan bertambah besar apabila memasuki alam baligh. Dan suhu tubuh juga berperanan dalam pembesaran ukuran skrotum. Semasa melakukan hubungan seks, ukuran skrotum akan bertambah dua kali lipat dan kembali normal setelah selesai. Sama seperti skrotum, ukuran kedua-dua biji testis juga pelbagai, tetapi biasanya salah satu testis berukuran lebih kecil dari yang satu lagi. Kebanyakan testis sebelah kanan berukuran lebih besar berbanding testis sebelah kiri.

Advertisement