Adakah Anda Lelaki Sejati Seperti Ciri Ini? (Bahagian 1)


- 8 Mar 18
View 251 : Today 1

Kita sering dengar ungkapan ‘lelaki sejati’ dan definisi ini berbeza-beza mengikut budaya dan negara. Jika di negara barat, lelaki sejati sering merujuk kepada lelaki yang membukakan pintu kereta untuk wanita contohnya, tapi apa kata anda baca definisi lelaki sejati ini pula.

Advertisement

1.Lelaki sejati adalah lelaki yang menghormati semua wanita, sama ada wanita dari kalangan keluarganya, rakan-rakan ataupun wanita asing yang tidak dikenali. Ya, seorang lelaki sejati tidak akan mempunyai niat jahat dan lucah terhadap mana-mana wanita. Sama ada wanita tersebut bukan wanita baik pada anggapan anda, berpakaian menjolok mata atau mempunyai kisah silam yang buruk, lelaki sejati tidak akan mengambil kesempatan terhadap mereka.

2.Lelaki sejati sukakan ilmu pengetahuan dan antara cara mendapatkannya ialah melalui membaca. Seperti perut yang memerlukan makanan, pengetahuan diperlukan oleh otak supaya ia bertenaga dan aktif. Selain internet dan media sosial, lelaki sejati akan membaca buku kerana buku memberikan maklumat baru dan memberi inspirasi untuk membuat tindakan yang positif.

3.Lelaki sejati mengutamakan keluarga dan orang yang dalam penting dalam hidupnya. Lelaki sejati berusaha untuk menjadi suami, bapa, anak dan saudara yang cemerlang kepada isteri, ibu bapa, anak dan sanak saudaranya. Dia akan bekerja keras mencari rezeki yang halal, menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga dan tidak membuang masa dengan perkara tidak berfaedah seperti mempunyai hubungan sulit.

4.Lelaki sejati juga fokus dalam pekerjaan, perniagaan dan juga perhubungan. Lelaki sejati patut dapat membezakan apa yang penting dan apa yang sampah serta membuang masa. Dia juga pandai mengenal pasti godaan yang akan mengalih perhatian dan memberi kesan buruk kepada kehidupannya. Dia juga sedar yang dia perlu menguruskan masa dengan bijak dan mengaturnya sebaik mungkin untuk keseimbangan di antara kerja-kerjanya, keluarganya dan Penciptanya.

5.Lelaki sejati penyabar dan lembut dalam tutur kata tetapi tegas dalam tindakan. Ya, lelaki sejati adalah insan yang berakal waras dan berbudi bahasa. Lelaki sejati tidak akan menggunakan kekerasan terhadap sesiapa juga hanya untuk menunjukkan kegagahannya. Namun lelaki sejati akan menggunakan kemahiran diplomasi untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamatnya.

View 251 : Today 1
Advertisement