Minum Kopi Mengaktifkan Sperma?


- 10 Mar 18
View 353 : Today 4

Kopi selalu dikaitkan dengan membantu meningkatkan tenaga dan juga seksualiti lelaki. Tahukah anda selain mencergaskan minda dan mengaktifkan pergerakan badan sepanjang hari, kopi juga mempunyai fungsi lain yang penting.

Advertisement

Selain daripada mencegah mengantuk, kandungan kafein dalam kopi juga dikatakan dapat menpercepatkan pergerakan sperma. Hasil penyelidikan menunjukkan kafein yang dititiskan ke sperma secara ein vitroi iaitu di luar tubuh, mampu mendorong dava gerak, kecepatan dan kemampuan penetrasi sperma.

Daripada sperma normal yang berjumlah lebih kurang 20 juta/ml, tidak semua mampu memancut laju ke sasaran ovium iaitu sel telur. Hanya 50 peratus yang berhasil mencapai sasaran dengan kecepatan 40 mikrometer sesaat.

Pada lelaki mandul, sperma tidak aktif yang berjumlah lebih daripada 50 peratus umumnya ‘tidur’, malas atau tidak berupaya untuk mencapai sasaran. Sperma yang lemah ini perlu dikejutkan supaya aktif kembali dan boleh berfungsi.

Dalam satu kajian yang dibuat, dengan menitiskan kafein sebanyak 6 milimolar pada cairan sperma secara langsung menjadikan sperma yang malas itu menjadi aktif. la meningkat daripada hanya 45.5 peratus kepada 59.5 peratus. Keaktifan juga bertambah.

Kecepatan naik dari 41.2 mikrometer sesaat menjadi 43.3 mikrometer sesaat. Sebelum kafein dititiskan, jumlah sperma yang mampu menembusi gel acrylmaide sejauh 4 sm hanya 41 peratus. Setelah kafein dititiskan meningkat menjadi 55.9 peratus.Kecepatan gerak sperma dan juga kemampuan penembusannnya sangat penting dalam proses persenyawaan.

Walaupun dari kajian tersebut mengatakan kafein itu baik untuk sperma, namun jangan berlebihan dalam pengambilannya, terutamanya jika anda sering sakit kepala atau menghidap migrain. Dan kopi dengan gula atau susu pekat yang berlebihan boleh menyumbang kepada kegemukan dan kencing manis.

Advertisement