Adakah Anda Lelaki Sejati Seperti Ciri Ini? (Bahagian 2)


- 11 Mar 18
View 198 : Today 1

Selepas membaca artikel Adakah Anda Lelaki Sejati Seperti Ciri Ini? (Bahagian 1), adakah anda mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan? Jika ada, tahniah tetapi jika tiada, jangan kecewa. Cuba pula baca sambungan Bahagian 2, mana tahu anda ada sifat-sifat berikut.

Advertisement

6.Lelaki sejati mengotakan dan melaksanakan janji-janjinya kerana dia faham harga dirinya bergantung kepada kata-kata serta tindakannya. Jika dia seorang yang suka memungkiri janji, bermakna dia seorang lelaki yang rendah maruahnya. Adalah lebih bagi seorang lelaki berterus-terang tentang kemampuannya dalam sesuatu perkara daripa memberikan janji palsu yang tidak dapat dipenuhi.

7.Lelaki sejati bukanlah pengotor, pemalas dan mengharapkan bantuan wanita untuk memastikan kebersihan tempat tinggal dan mengatur barang peribadinya seperti yang tertanam dalam pemikiran masyarakat. Lelaki sejati akan turut serta bertanggungjawab terhadap perkara yang dianggap remeh ini seperti mencuci pinggan selepas makan, membasuh dan melipat pakaiannya sendiri. Jika ibu, kakak, adik atau isteri anda sudi membantu ia adalah bonus tetapi lelaki sejati tentunya tidak mengharapkan bantuan mereka untuk hal kecil seperti ini.

8.Ciri penting seorang lelaki sejati adalah tahu dan mahir menguruskan kewangannya tanpa perlu meminta-minta daripada orang lain. Sama ada gaji anda besar atau kecil, ia bukan alasan untuk seorang lelaki sejati menerima kebajikan daripada pihak lain kecuali jika benar-benar memerlukan. Sebaliknya seorang lelaki sejati, saat dia mula mendapat pekerjaan perlu membuat belanjawan seharian dan juga simpanan masa depan. Seorang lelaki sejati hidup dengan kemampuannya, bukan berlagak kaya di luar pendapatannya.

9.Bergosip, memfitnah dan mengumpat bukanlah ciri seorang lelaki sejati kerana ia hanya sesuai untuk lelaki murahan tidak berilmu. Dia sentiasa sedar untuk menjaga lidahnya daripada terlibat dalam khabar angin yang boleh menjejaskan reputasinya. Apabila dia mendengar orang lain cuba memburukkan orang yang lain, jika tidak mampu menegur lelaki sejati akan menutup mulutnya daripada menokok tambah perkara yang tidak pasti.

10.Dan yang terakhir, lelaki sejati akan mengutamakan sifat kemanusiaan dan kasih sayang sesama makhluk tidak kira sama ada ia haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Apabila terpaksa memilih prinsip peribadi atau kepercayaan dengan sifat kemanusiaan (humanity), tanpa berfikir panjang lelaki sejati akan pantas memilih sifat kemanusiaan kerana itulah tujuannya diciptakan Tuhan iaitu untuk berbuat baik di antara makhluk di muka bumi ini.

View 198 : Today 1
Advertisement