4 Petanda Wanita ‘Mahukan’ Anda


- 12 Mar 18
View 5,223 : Today 1

Anda mungkin bosan apabila hanya anda sahaja yang sering memulakan langkah untuk melayari bahtera di ranjang. Tapi sebenarnya wanita juga ada memberikan petanda apabila dia mahu berasmara dengan anda. Kenali 4 petanda ini.

Advertisement

Renungan mata yang ghairah
Sudah pasti anda akan dapat mengenal pasti jika si dia melihat anda penuh ghairah dengan membaca isyarat anak matanya. Jika matanya memandang halus diselang-selikan dengan pandangan sinis, ini menandakan dia sudah bersedia merelakan dirinya kepada anda. Ambil kesempatan ini dan teruskan tindakan.

Berbual topik berahi
Sewaktu anda dan dia sedang berdua-duaan berbual atau menonton filem dan tiba-tiba si dia mula membangkitkan isu atau topik yang memberahikan. Contohnya, memuji lakonan aksi ciuman di kaca televisyen. Itu petanda yang dia sememangnya inginkan seks daripada anda.

Semangat berahi si dia
Mungkin ia agak sukar dilihat dari mata kasar tetapi jika anda berdua sudah biasa hidup bersama, pasti anda akan merasakan satu aura hangat yang lahir dari seluruh tubuhnya. Dia juga mungkin akan mula merapatkan tubuhnya kepada anda.

Dia yang mulakan
Jika si dia sudah mula mengusap, membelai dan mencium perincian tubuh badan anda, apa lagi yang anda tunggu? Jangan pula anda buat-buat bodoh dengan niat untuk mempermainkan, nanti anda juga yang rugi.

View 5,223 : Today 1
Advertisement