Kebaikan Pucuk Tenggek Burung


- 13 Mar 18
View 1,059 : Today 10

Selain Herba Daun Kambing, ada banyak herba dan tumbuh-tumbuhan yang jarang kita ketahui yang baik untuk kesihatan lelaki juga wanita. Antaranya ialah Pucuk Tenggek Burung atau turut dikenali sebagai pokok cabang tiga atau tapak itik. Manakala nama saintifiknya ialah Euodia ridleyi/Euodia redlevi/Euodia ridleyi.

Advertisement

Pokok ini pada asalnya adalah pokok liar yang tumbuh di kebun getah tua. Apabila pokok getah mati akibat serangan cendawan akar, pokok tenggek burung akan mengambil alih kawasan tersebut.

Bersaiz kecil setinggi 5 hingga 7 meter, bercabang banyak dan rimbun. Daunnya trifoliat dengan anak daunnya berbentuk oblong dan akuminat ke hujung, 6 hingga 15 sentimeter (sm) panjang dan 3 hingga 8 sm lebar.Anak daun terminal lebih besar sedikit daripada anak daun sisi. Petiol 5 hingga 6 cm panjang. Daun ini mengeluarkan bau yang sedap apabila diramas.

Pokok tenggek burung jarang ditanam kerana biasanya ia tumbuh meliar di tepi belukar. Namanya juga berasal daripada burung yang menjadi penyebar utama pokok ini. Ia membiak dengan cara biji benih yang disebarkan oleh burung yang gemar memakan buahnya. Namun, pokok ini mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Anak-anak yang tumbuh di pangkal pokok boleh juga digali dan ditanam semula.

Pokok ini mudah hidupnya dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Pucuk tenggek burung ni biasanya dimakan pucuk segar sebagai ulam. Rasanya lemak dan kelat-kelat dan cukup menyelerakan apabila dilawan makan dengan sambal tempoyak atau belacan.

Antara khasiat pucuk tenggek burung ialah seperti berikut;
• merawat tekanan darah tinggi
• mencegah serangan darah tinggi
• melancarkan peredaran darah
• menghilangkan lenguh di badan
• mengecutkan rahim dan menyegarkan badan.wanita yang baru bersalin
• melambatkan keluar air mani lelaki
• lebih menegangkan zakar
• menjadikan zakar lebih sensitif,
• lebih menambah nikmat seks kepada lelaki

Advertisement