Apa Itu G-Spot Wanita?

Anda biasa mendengar perkataan G-Spot, G-Spot yang seringkali dibicarakan apabila membincangkan topik berkaitan dengan tubuh wanita dan aktiviti seks. Tahukah anda bahawa G-Spot merupakan singkatan dari istilah Grafenberg Spot yang berfungsi sebagai titik sensitif wanita dan lelaki untuk mendapatkan kepuasan atau klimaks dalam hubungan seks.

Advertisement

Konsept G-Spot telah dipelopori oleh seorang doktor perubatan dalam bidang ginekologi bernama Ernst Gräfenberg yang berasal dari Jerman. Beliau pertama kali menulis tentang topik G-Spot ini bukunya yang berjudul The Role of Urethra in Female Orgasm pada tahun 1950.

Beliau juga dikenali sebagai pencipta alat perancang kehamilan yang popular di kalangan wanita iaitu, Intra Uterine Device (IUD), yang direka hasil daripada kajian mengenai orgasme pada wanita

Orgasme atau kemuncak klimaks adalah peringkat akhir hubungan seks di mana individu terutama wanita akan merasai kekejangan yang menyeronokkan di seluruh tubuh. Kekejangan yang nikmat ini biasanya bertahan di antara beberapa saat hingga satu dua minit sehingga wanita merasa penat dan mengantuk. Namun, tidak semua perempuan dapat merasai nikmat orgasme ini.

Berdasarkan satu kajian, lebih dari 50% perempuan yang sudah berkahwin tidak atau belum pernah merasai pengalaman orgasme. Masalah ini didakwa terjadi kerana selain masalah teknik seks dari pasangan, ia juga berpunca daripada wanita yang belum mengetahui atau menjumpai titik sensitif seksualnya.

Menurut Gräfenberg, titik G-spot itu memang benar wujud. Namun begitu, ia mungkin tidak dapat dirasakan oleh setiap wanita, atau tahap kepekaan yang dirasakannya berbeza mengikut wanita. Dimanakah posisi G-spot pada wanita itu?

G-Spot dikatakan berada pada kedudukan 2 ke 3 inci (5cm) dalam vagina, diantara tulang pubik dan servik dan ia dapat dirangsangkan dengan tekanan dan urutan jari. Untuk mencapai bahagian yang memberikan puncak kenikmatan ini, pastikan kebersihan zakar dan jari anda. Dan yang kedua gunakan teknik-teknik yang akan dikongsi dalam artikel berikutnya. 

Advertisement