2 Tanda Saintifik Wanita Kuat Seks

Banyak petua tentang bagaimana untuk mengenali wanita yang bernafsu seks kuat diberikan kepada kaum lelaki, walaupun ada kalanya fakta diberikan kedengaran lucu dan tidak munasabah.

Antara petua popular bagi mengenali tanda wanita kuat nafsu ialah seperti kononnya wanita memiliki bulu roma yang lebat mempunyai nafsu seks yang kuat. Namun ada dua petua mengenal wanita kuat seks yang berjaya dibuktikan dari segi saintifik dan logik.

Fakta pertama ialah wanita yang ghairah seks yang tinggi biasanya memiliki tubuh badan yang mantap (solid) dan montok. Fakta ini telah didedahkan daripada penelitian beberapa pakar sakit genokologi atau sakit puan. Menurut mereka, wanita yang memiliki tubuh yang berisi memiliki kandungan hormon oestradiol yang tinggi.

Hormon estradiol ialah jenis hormon dari keluarga estrogen yang paling kuat pada wanita. Hormon ini berfungsi menyelenggarakan sistem pembiakan wanita. Hormon ini juga bertindak sebagai steroid semulajadi, yang membantu pembentukan sifat-sifat kewanitaan pada seseorang wanita, seperti saiz payudara dan punggung.

Oleh itu wanita yang memiliki hormon estradiol yang tinggi adalah amat bernafsu dan cenderung untuk melakukan aktiviti seks dengan lebih kerap. Dapat dikatakan majority wanita yang bertubuh solid, iaitu penuh ciri-ciri kewanitaan mempunyai hormon estradiol yang tinggi, dan nafsu seks yang kuat.

Fakta yang kedua ialah wanita yang aktif bersukan dan bersenam mempunyai ghairah seks yang tinggi. Ini tidak mengejutkan kerana gaya hidup yang sihat akan meningkatkan kualiti kehidupan seksual seseorang individu.

Melalui aktiviti fizikal, sistem badan akan menjadi aktif sekaligus meningkatkan pengeluaran hormon berkaitan seks, melancarkan lagi pengaliran darah dan ini akan membuatkan nafsu seksual meningkat secara langsung. Jika isteri anda dingin seks, berikan galakan untuk dia bersenam dan bukannya anda mencari alasan untuk curang!