4 Jenis Sakit Kepala Yang Perlu Anda Tahu


- 19 Mar 18
View 476 : Today 1

Sakit kepala biasanya sering dipandang remeh dan dianggap penyakit biasa yang akan reda selepas beberapa ketika. Namun, anda perlu tahu beberapa jenis sakit kepala supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Jika anda bertemu doktor, anda pasti akan ditanya bahagian kepala yang sakit sebelum diberi ubat.

Advertisement

Tension Headache
Ramai individu yang sering mendapat jenis sakit kepala seperti ini yang disebabkan tekanan terlalu banyak berfikir. Otot pada bahagian kepala akan menegang dan menghantar rasa sakit itu ke saraf otak. Kepala terasa tegang dan berat adalah petanda utama sakit kepala jenis ini.

Migrain Headache
Migrain adalah sejenis sakit kepala yang juga kerap menyerang ramai individu. Ia biasanya terjadi apabila ada pembuluh darah membengkak kerana badan mengalami tekanan yang kuat, kurang tidur dan juga corak pemakanan yang tidak sihat. Sakit kepala migrain dirasai dengan sakit kepala yang berdenyut kuat di sebelah bahagian sahaja, dan biasanya disertai mual, muntah, dan sensitif dengan cahaya dan suara.

Sinus Headache
Sakit kepala sinus ini disebabkan peradangan, pembengkakan, ataupun jangkitan kuman di beberapa bahagian sinus kepala yang berdekatan dengan hidung. Sakit kepala sinus ini juga biasanya menjadi punca kepada demam. Jika anda mengalami sakit kepala ini untuk masa yang lama, perlu cepat berjumpa doktor kerana cecair sinus di kepala sudah bernanah atau berdarah.

Cluster Headache
Sakit kepala jenis ini biasanya datang secara mengejut dan membuat pesakit rasa sakit tiba-tiba. Rasa sakit yang menyucuk-nyucuk di bahagian sebelah kepala atau sekeliling mata. Apabila diserang rasanya amat-amat tegang dan rasa sakit kepala yang teruk kadang-kadang sehingga 30 hingga 45 minit sekali menyerang. Paling dahsyat sekali ia boleh menyerang beberapa kali dalam sehari.

View 476 : Today 1
Advertisement